CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: changa=famri7

Pengakuan suami curang

[Copy link]
Post time 17-11-2014 10:11 AM | Show all posts
rasa nak muntah berbaldi2
just because of that ko tunggu 10 tahun nak terus terang?
ko lebih sanggup bersialan dgn betina (mmg layak di panggil betina) kat luar dari buka mulut tegur bini ko

kak mah...pergi berambus tinggalkan jantan mcm ni
lepas cerai nnt...jantan ni tergolek dok separa mampus tepi jalan nyawa2 ikan patah riuk kencing ikut bag...tgk la cemana betina tu layan dia nnt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak mah..nama laki ko sape,mak mah..?

Pak jib ke,mak mah..??




lol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 11:44 AM | Show all posts
Lula2 posted on 16-11-2014 06:58 PM
harusss kena cerai...
isteri nusyuz tiada maaf bagi mu..

Xpelah ... mah kan ade duda thebat gitu


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 posted on 16-11-2014 05:40 PM
Kalau hati dah beralih arah macam2 alasan diberi....angkat kaki je mah..tinggal jantan xterpakai tu

Btul tu..klu hati dh beralih arah byk la alasan yg diberi...hal2 kecik tu jd alasan yg besar utk curang..semua salah bini je..salah laki xnmpk plak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 07:59 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 17-11-2014 07:45 PM
Btul tu..klu hati dh beralih arah byk la alasan yg diberi...hal2 kecik tu jd alasan yg besar utk c ...

time senang napak a burk bini..time susah hari tu bini tu jua yang dia hadap....cuba layan bini mcm dia layan janda tu..bini pun rasa dihargai
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:55 PM | Show all posts
Tak payah le ko nak sendu sedan sgt Mah oii dgn jantan keparat batang gelenyo tu. Ko asah pisau dapur kasi cantas habis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2014 08:54 AM | Show all posts
Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.

Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.

Abang yang dikasihi,

Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.

Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.

Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Vitamin Kehamilan, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata nanti baby kita besar. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?

Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar suplemen dan jamu-jamu. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.

Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.

Bagaimana Mah boleh tahu?

Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.

Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.

Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.

OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…

Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.

Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.

Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.

Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…

Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?

Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.

Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.

Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.

Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.

Bye abang.

yang benar,

Mah.

P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya.



http://mysuperkids.net/surat-jaw ... utm_campaign=buffer
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 08:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 08:55 AM | Show all posts
KOMEN CERITA VIRAL SUAMI CURANG DENGAN JANDA KERANA ISTERI DAH TAK MACAM MASA KAHWIN.

Ini trend semalam. Bersepah juga dalam newsfeed cerita suami curang kerana isteri walaupun baik tetapi sudah tidak cantik seperti dulu-dulu mereka berkahwin. Ada pula monyet yang setuju dan menyokong lelaki spesis yang sama (monyet juga) itu. Boleh pula alasan itu jadi lesen zina. Apa dah jadi?

Dulu masa kahwin, sama-sama ketat, sama-sama garing, sama-sama cantik, sama-sama memuaskan hati satu sama lain. Jika buat video kahwin tu sikit punya romantik lagi. Lepas dah kahwin dan anak beberapa orang boleh pula sorang sahaja yang jadi tua, yang lelaki boleh maintain muda. Ini semua kahwin kerana lubang. Kalau kahwin kerana Agama insyaAllah tak jadi macam ini. Rasakanlah sentimental value dengan isteri kita kerana dulu kita dapat dia brand new koyak plastik lagi. Masa kita dapat isteri tu, masa tu kita pun taklah kaya mana, sengkek juga. Isteripun bersabarlah dengan suami seadanya. Tapi bila suami dah naik market value, dia boleh buang sahaja isteri yang dah bersusah payah.

Kalau nikah lagi satu pun dah boleh jadi perang, inikan pula terlanjur. Tapi kalau dah sampai 6 tahun terlanjur sebenarnya perkataan TER itu sudah tidak sesuai. Yang sesuai ialah MELUNJUR.

Isteri yang kita nikahi yang menjaga kehormatannya kepada kita semasa penyerahan dengan maharnya, mulanya itulah yang terbaik untuk refleks kehebatan seorang suami membentuk dan membimbing. Selepas berkahwin, yang baru itu dilanyak sampai lunyai. Perut yang dulu tegang dah jadi macam kulit limau kerana dari situ telah mengandungkan anak-anak dari benih lelaki itu sendiri. Bila dah tak cantik pandai pula cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang dan ketat itu juga akan kendur dan jantan begini akan berpindah cari yang lain juga.

Kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, bila mahu boleh dapat dan tak perlu beranak, tak perlu menyusu anak, tak perlu memasak, tak perlu mengemas rumah, tak perlu nak jaga makan minum laki, tak payah nak menjaga suami, tak perlu nak bekerja tolong cari rezeki barulah boleh isteri kita tu ketat dan anjal sepanjang masa. Yang komplen isteri dah tak tiptop tu tengok juga diri sendiri adakah masih tiptop atau sudah masuk level second hand high mileage.

Kahwin manusia bukan macam kahwin lembu. Lembu tu bolehlah main tenggek mana-mana dia suka. Tapi dia itu lembu lah. Sebab itulah surah Al-Baqarah (lembu betina) tu Allah hentam kita 3 juzuk terus. Nampak betul manusia orang yang masih banyak berperangai seperti lembu lagi. Lembu makan, lembu cari makan, lembu tidur dan lembu juga mengawan dan lembu akan mati akhirnya. Maka, jika begitulah hidup lelaki itu, sama sahaja dengan lembu. Jangan kahwin macam kahwin lembu, nikahi isteri kerana Allah.

Saya tak pandai nak sekolahkan orang macam ini. Jika saya kenal dan dia sedang melintas jalan saya akan buat-buat terlanggar dan tergilis dan saya akan pastikan ia kelihatan seperti satu kemalangan.

SAIFUL NANG
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 03:00 PM | Show all posts
aritu aku dah phuii kan skali thread ni kt CI..

si suami..carilah kecantikkan isteri..bukan cari isteri yg cantik...

cantik ni sementara saja..sedang suami pun akan tua jugak...

nak yg baik...buat laa cara baik..

nak yg cantik...bawaklaa ketempat yg boleh cantik2 kan dier...

pokok pangkal ati...kalo niat dah mmg nak curang..toksahlaa salahkan isteri..

byk je cara nak buat isteri kembali jelita spt dahulu...

jgn byk sgt alasan utk melepaskan diri...walau sebenar diri sendiri yg bersalah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 03:19 PM | Show all posts
Astaghfirullah...  tak terkata aku membaca cerita si mah... nak komen panjang2 pun masih terkedu... kesimpulannya tak sengaja laa tu yer laki ko mah... alahai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami dia ni ada masalah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 03:55 PM | Show all posts
rupanya nak meniaga shaklee
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:18 AM | Show all posts
kawen susah, tak kawen susah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:21 AM | Show all posts
rasa nak memaki2 laki kak mah dalam tulisan tapi dosa sedia ada dah banyak...

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lelaki... Malu aku dgn sikap kaum adam mcm ni.... Tp, aku minyak maaf sbb aku kena kata yg aku x setuju dgn apa yg korg duk persalahkan... Bg aku, slh ni is both side... Slh mah sbb dia over busy n slh laki dia sbb x tegur...

Biaq aku explain :

Sejujurnya, aku rasa seorang suri rumah x ada mslh dlm mmbahagi masanya... Ok... Anak dia bape ramai? Bg aku, klau ank ramai ponn, x semestinya dia x boleh jaga diri masing2... Klau ada problem dgn ank kecik byk,  kau boleh plan biaq x terlajak.... kau tunggu  anak kau 2 taon, pastu baru kau kasi adik baru.... Ini bukan zaman dulu sampai mah kene pi sungai sental baju, kena masak atas dapur arang, kena seterika pkai seterika arang.... Bukan, ya.... Skrg ni, paling2 ada washing machine.... Klau kau ada ank kecik, adkh dia akn terjaga 24 jam dn mlalak 24 jam? X kan... Pling2 dia bangun mintak sysu... Habes susu, dia tidoq... Si mah ni, tgh bby tidoq, pi mandi, masak, basuh baju.... See? Lunch dh siap... then, rehat dulu.... Klau laki blik lunch, hidanglah... Klau x, kau mkn jelah... Pastu, kau main2lah sikit ngn bby tu... Tp, lama mnlah sorg bby boleh terjaga?

Pastu kau cdai baju... Boleh panaskan lauk tgh hari utk wat dinner or klau kau rajin... Masak menu lain tuk dinner... masak or pnskan mknn pling2 pukul 5... Sblum pukul 5, lpas kau dh rehat... Kemaslah rumah... Pastu, mandikan bby n masak or pnskan mknn... Then, tggu hubby balik..  

Klau kau ada ank 3 tahun n above, kau mintaklah ank kau tu tolong kau apa yg boleh... ...

----

Salah llaki plak :

Dh tahu bini tu busuk, xde time nk jaga diri, kau as hubby kena laa tegur... Or, klau kau rasa, dia dh x best on bed, kau blilah dia jamu... Aku bukan berbicara ttg hanya seks, ya....

Klau dia dh x cntik, kau belikan dia sepersalinan lengkap yg cantik, baju seluar, tudung n pkaian dlm... Klau kuku kecut, kau kluarkan lh cket duit kau tu utk bini kau pegi buat menicure n pedicure.... Klau muka berjerawat, kau blilah produk yg bkualiti tuk istri kau... Kalau rambut busuk, kau blilah syampu yg bagus....

Apa shj kekurangan bini yg kau nmpk, terus habaq kt bini... Dr kau diam, kau dpt dosa sbb bersama janda tuh...

Jujur aku cakap... Hubungan mah n laki dia kurang kejujuran...  Tiada sapa di dunia ni yg mengharapkan pasangan dia akn berubah satu hr nnt... Sesibuk mana pun kita, luangkan masa tuk kebersihan diri, n sentiasa beritahu kbnrn walaupun ia pahit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak muflisnya kluarkan duit tuk bini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami pon kena tlg bini wat kerja rumah... Inilah slh laki mah... X mmbntu mah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg beli mesin basuh siap keringkan lg mcm kt kdai dobi. Beli iron stim yg boleh iron ms hanger.
Bwg2 dh siap kupas spy bile msk skjp je. Beli siap rencah segera.
Yg laki beli suppliment kt bini tuh.
Tp iyalah kalo laki mampu beli mcm tu. Kalo set yg x mampu rncng la anak n tlg2 la bini kt umah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 07:53 PM | Show all posts
lelaki kalau nak curang akan curang gak... Isteri bagus cemana pun.. Bersih berkilat2 bersinar2.. Badan kurus pinggang ramping bagai.. Pandai masak servis bagus kalau dah nak buat jahat mencurang tetap akan buat.. Lepas kantoi atau masa sedar diri dah terjebak baru tercari2 alasan untuk menyokong perbuatan depa.. Memang dasar ceplos la...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.061071 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list