CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 14

[Dunia] Budak tiga tahun tertembak mati ibunya

[Copy link]
Post time 27-11-2014 06:44 PM | Show all posts |Read mode


Polis percaya, kanak-kanak itu telah tidak sengaja menarik picu pistol 9mm separa automatik yang penuh peluru dan kemudian tertembak ibunya.
- Gambar hiasan: cdn.hiphopwired.com


OKLAHOMA
: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun secara tidak sengaja telah tertembak ibu sendiri di kepala dan mengakibatkan maut.

Laporan yang dikeluarkan oleh Tulsa World berkata, ketika kejadian wanita berkenaan, Christa Engles, 26, sedang leka menyalin lampin anak perempuannya yang berumur 10 bulan.

Sarjan Dave Walker dari Jabatan Polis Tulsa memberitahu, Engles telah dikejarkan ke bahagian kritikal hospital Tulsa namun meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Polis percaya, kanak-kanak itu telah tidak sengaja menarik picu pistol 9mm separa automatik yang penuh peluru dan kemudian tertembak ibunya.

Difahamkan, pistol bekenaan telah diletakkan di atas sebuah meja di tepi sofa yang mudah dicapai kanak-kanak tersebut.

Neneknya yang turut menetap bersama keluarga tersebut telah ke bahagian ruang tamu sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan dan segera menghubungi polis.

Brian, bapa kepada kanak-kanak tersebut yang merupakan seorang pemandu lori pulang ke rumah sebaik sahaja mengetahui mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan itu lagi, polis hanya  menjalankan siasatan ke atas bukti-bukti yang ditemui kerana kanak-kanak terbabit hanya satu-satunya saksi langsung.

-astroawani

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sepupu aku dulu tembak cousin dia...nasib baik tak tepat....

Pucat & sunyi sepi satu rumah seketika....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak pistol bersepah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:17 PM | Show all posts
cuai dengan benda berbahaya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes terpencil nih..kokeshen biasanya berhemah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 27-11-2014 08:45 PM
Anak sepupu aku dulu tembak cousin dia...nasib baik tak tepat....

Pucat & sunyi sepi satu rumah s ...

Pistol letak mana sampai dapat ke budak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Loaded gun...tak kunci picu
Ke budak tu mmg pandai cekah..?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x caya je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
setokinpurple posted on 27-11-2014 09:22 PM
Pistol letak mana sampai dapat ke budak?

Pak mertua dia letak dlm bilik...tak sangka bebudak tu masuk bilik dia & main tembak-tembak...sipi je nk kena kepala...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:16 PM | Show all posts
dlm website berita lain, si emak dikatakan bekas askar US army... takkan begitu cuai dgn senjata api, esp. di tempat yg boleh dicapai anak2 kecik. kesian anak2 kehilangan ibu sekelip mata dlm freak accident.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:53 PM | Show all posts
Yang gi letak kat tempat yang senang dicapai dek anak buat apa.  Budak2 sekecil tu mesti ingat ia barang permainan.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:25 PM | Show all posts
macam mana agaknya perasaan budak tu bila dah besar nanti...malang tak berbau! berlaku kerana kecuaian...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:27 PM | Show all posts
traumatik gila pada budak tu in the future.
dia pun tak akan ingat. 3 tahun.. memori akan hilang begitu je.

tapi somehow dia akan tahu macam mana mak dia mati.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 27-11-2014 10:02 PM
Pak mertua dia letak dlm bilik...tak sangka bebudak tu masuk bilik dia & main tembak-tembak...sipi ...

Itu orang kata berpantang maut sebelum ajal... Arwah atok aku dulu ada senapang. Dia simpan tempat tinggi siap balut dgn kain. Senapang org dulu2...anak cucu cicit sampai sekarang tak berani sentuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 02:22 AM | Show all posts
Sendiri cuai...
Pprt sangat, rumah dgn anak2 kecil, pistol letak merata..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.080419 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list