CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1553|Reply: 10

[Dunia] Kerajaaan tubuh skuad khas antibogel

[Copy link]
Post time 28-11-2014 07:35 AM | Show all posts |Read mode

Nairobi: Kerajaan menubuhkan sebuah skuad khas polis bagi memburu sekumpulan lelaki yang sering membogelkan wanita di khalayak ramai.

Skuad Antibogel itu yang berpangkalan di Nairobi mempunyai berpuluh-puluh anggota dan memfokuskan operasi kepada kes serangan terhadap wanita yang semakin meningkat.

Pada masa sama polis menggesa seorang wanita tampil memberi keterangan selepas klip video menunjukkan dia merayu dibebaskan ketika sekumpulan lelaki menyerangnya tersebar di media sosial.

Berdasarkan klip video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di dalam sebuah bas mini di bandar Githurai.

Ada sekurang-kurangnya tiga lelaki mengganggunya. Kejadian dikenal pasti berlaku di Githurai.

Tiga lelaki terbabit dilihat meraba mangsa malah seorang daripada mereka mengugut memasukkan botol ke kemaluannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nairobi, Nicholas Kamwende berkata, pihaknya mahu menemui wanita terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya merayu wanita berkenaan datang ke pejabat saya supaya lelaki yang menyerang dan membogelkannya mendapat hukuman sewajarnya.

“Maklumat diberinya akan dirahsiakan,” katanya.

Semalam, Persatuan Perundangan Kenya memohon keizinan khas daripada pendakwa raya untuk mendakwa lelaki yang bertindak membogelkan wanita di khalayak ramai.

Pengerusinya, Eric Mutua berkata, polis Kenya perlu membentuk unit khas secepat mungkin bagi membuat rondaan di lokasi yang berisiko.

“Perbuatan tidak berperikemanusiaan membogelkan wanita di khalayak ramai semata-mata kerana berpakaian tidak sopan mesti dihentikan,” katanya.

Ratusan penunjuk perasaan memprotes di Nairobi baru-baru ini untuk membantah kejadian tiga wanita dibogelkan.

Sementara itu, seorang anggota polis turut didakwa Ahad lalu kerana melakukan kesalahan berkenaan di Nairobi.

Sementara itu, ahli parlimen wanita mengugut mengemukakan usul untuk mendakwa pihak pegawai keselamatan kerana gagal mengambil sebarang tindakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 07:40 AM | Show all posts
Kenya darul bogel.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka wanita berpakaian seksi tersebut.


Ustaz Amir,
Penceramah bebas/ Ustaz youtube
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:02 AM | Show all posts
boleh try kat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh, kau try kat malaysia, hari tu jugak kau kena tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:04 AM | Show all posts
ada cara lain kan dari membogelkan orang. kuang ajo btol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 10:08 AM | Show all posts
Teringat forumer ziana2006..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:22 AM | Show all posts
ingatkan kat malaysia td.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 03:10 PM | Show all posts
Pelik2 nya prngai manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:10 PM | Show all posts
Ini menyalahi hak manusia yg lahir dgn bogel, naluri suka bogel dan membogelkan orang lain. Ni penyakit Nude & Stripting Syndrome atau NSS namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:24 PM | Show all posts
oh ingatkan kat msia tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.068166 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list