CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2307|Reply: 0

[Edisi Kejuruteraan] ZET 3 Wheeler, kenderaan elektrik untuk masa hadapan di Malaysia

[Copy link]
Post time 6-12-2014 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Adalah tidak mustahil kenderaan yang dinamakan ZET 3 Wheeler rekaan DreamEDGE Sdn. Bhd. bakal berada di jalan raya negara ini bagi menggantikan kenderaan yang menggunakan bahan api fosil suatu hari nanti.

Harapan tersebut dinyatakan oleh ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut, Khairil Adri Adnan ketika menerangkan konsep kenderaan elektrik di Pusat Prototaip DreamEDGE di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Memiliki rekaan yang elegan, ZET 3 Wheeler merupakan antara bintang yang menyinari DreamEDGE sekaligus membuktikan kebolehan anak tempatan menghasilkan inovasi yang praktikal dan boleh dijelmakan sebagai sebuah produk.

Ujar Khairil Adri, ZET 3 Wheeler dihasilkan bermula daripada lakaran kasar jurutera syarikat tersebut sebelum ia direalisasikan menjadi sebuah kenderaan.

“Semuanya bermula dari A hingga Z dan kami membinanya sendiri menerusi konsep dan kemahiran kejuruteraan yang terdapat pada staf di DreamEDGE,” katanya.

Mesra alam, bergaya, Zet 3 Wheeler diperkenalkan sebagai bukti bahawa kenderaan elektrik adalah menyeronokan dan mesti dimiliki rakyat negara ini.
Jelas Khairil Adri, Zet 3 Wheeler mampu bergerak dengan senyap, memiliki kuasa tujahan yang lebih tinggi, berprestasi serta menjimatkan kerana kos penyelenggaraannya yang rendah.

Sebagai mana yang kita ketahui, kenderaan elektrik merupakan kenderaan yang tidak melepaskan gas karbon kerana tiada proses pembakaran berlaku. Oleh itu kenderaan berteknologi hijau ini dapat memelihara alam sekitar.

Buat masa ini, DreamEdge hanya menghasilkan prototaip Zet 3 Wheeler yang boleh dilihat di pusat tersebut, namun mereka menyasarkan beberapa tahun lagi untuk pengkomersialannya.

Ditanya mengapakan penumpuan diberikan terhadapa segmen kenderaan elektrik, Khairil Adri memberitahu ia merupakan antara kenderaan masa hadapan.

Katanya, untuk bergerak maju dalam industri tersebut, mereka perlu berada selangkah kehadapan.
“Memang benar ia bukanlah antara kenderaan yang menjadi permintaan sekarang, namun kita perlu lihat senario masa kini apabila harga bahan bakar semakin tidak menentu, pencemaran alam sekitar akibat bahan bakar berlebihan dan kenderaan yang semakin banyak.

“Kenderaan elektrik merupakan antara alternatif yang paling berpotensi untuk dimajukan bagi menggantikan kenderaan yang menggunakan bahan bakar fosil.

“Di negara-negara maju seperti Jepun, kenderaan elektrik telah lama menjadi tumpuan dan bakal menggantikan kenderaan sedia ada,” katanya.
Tambahnya, untuk mendepani cabaran pasaran kenderaan masa kini yang majoritinya tertumpu kepada kenderaan yang menggunakan bahan api fosil, mereka perlu mewujudkan fenomena dan persekitaran yang boleh menerima kenderaan elektrik sebagai pilihan utama.

Kedengaran agak mustahil, namun formulanya adalah dengan mewujudkan persekitaran serta kesedaran terhadap masyarakat umum tentang kelebihan dan kebaikan menggunakan kenderaan elektrik, pasti lambat laun ia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih dinamik.

Segmen kenderaan elektrik di Malaysia sememangnya masih hijau dan mentah, namun ia tidak pernah ditolak sama sekali.

Cuma, hanya kerana prasarana yang masih belum lengkap menyebabkan kebanyakan masyarakat negara ini masih ragu-ragu terhadap kenderaan elektrik.

Jika suatu hari prasarana untuk kenderaan elektrik berkembang baik seperti stesen minyak sedia ada kini, kenderaan yang menggunakan bahan api fosil mungkin akan hanya tinggal sejarah.

Sehingga kini, prototaip kenderaan elektrik yang dihasilkan DreamEDGE masih belum mencecah pasaran tetapi belum dikomersialkan.
Antara cabaran untuk mengkomersialkan kenderan-kenderaan tersebut adalah kos penghasilkan yang agak mahal dan kemudahan prasarana yang masih belum sempurna.

Bagaimanapun ujar Khairil Adri, untuk menantikan segalanya lengkap mungkin memakan masa puluhan tahun, malah jika tidak dimulakan pada hari ini masakan ia dapat berkembang di masa hadapan.

Justeru katanya, DreamEDGE memulakan langkah memperkenalkan produk-produk mereka kepada agensi-agensi yang berkaitan kerajaan, individu yang berminat untuk mendapatkannya.

“Buat masa ini kenderaan-kenderaan seperti ini (elektrik) sesuai digunakan secara berpusat.
“Contohnya, bas elektrik mungkin boleh digunakan di kawasan bandar-bandar yang menjadi tumpuan seperti Putrajaya atau pusat-pusat pelancongan.
“Hal demikian kerana prasarana untuk kenderaan tersebut dapat disediakan dengan lebih mudah,” katanya.

Kenderaan tersebut bukan sahaja dapat menjimatkan kos pengangkutan malah dapat menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.
Menyasarkan beberapa tahun lagi untuk tujuan mengkomersialkan prototaip yang sedia ada, DreamEDGE yang juga merupakan antara syarikat hak milik sepenuhnya bumiputera tersebut bakal melangkah lebih jauh di bidang kejuruteraan di dalam dan luar negara.


DreamEDGE juga merupakan antara beberapa syarikat yang turut terlibat dalam menghasilkan rekaan dan konsep kenderaan nasional tempatan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hi ... thash.SRKNg8WH.dpuf
Last edited by Cluster77 on 6-12-2014 01:44 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035467 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list