CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4549|Reply: 6

Tak ada duit, tapi nak bergaya? Ini penyelesaiannya.

[Copy link]
Post time 7-12-2014 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Sesuai untuk bangsa Melayu yang mengimani konsep biar papa asal bergaya. Beli HP dengan gaya hutang serendah Rm48/bln.


Mesti ramai yang nak memiliki smartphone canggih tapi memandangkan mahal haa mula la berfikir fikir banyak kali, ye dak? Kali ni, dengan celcom, korang tak perlu dah bawak duit berkepuk kepuk tapi cuma bawak body ke mana mana cawangan Blue Cube yang berdekatan dan bagi tahu saya nak langgan plan pembayaran mudah smartphone! Zassssssss korang cuma pilih berapa bayaran bulanan yang korang berminat dan terus boleh balik dengan smartphone pilihan sambil tersenyum meleret.


Di antara smartphone yang korang boleh pilih;

  • Huawei Ascend 7
  • Samsung GALAXY S5
  • Samsung GALAXY Note 3
  • Samsung Tab3 Lite
  • BlackBerry® Z3

Dengan memilih mana mana institusi bank pilihan mengikut tempoh kontrak, tak perlu dah korang nak pening pening. Dalam jadual kat atas tu, adalah jumlah minimum pembelian smartphone yang boleh korang miliki jadi sebelum nak beli tu, korang boleh tengok dulu bank mana yang sesuai.


Tapi, bagi peminat smartphone, ni haaa ada berita baik buat korang!!!!! Apa yang menariknya, dengan hanya bayaran bulanan Rm48 sahaja, korang boleh bawak balik Iphone 5s! Terbaik kan?

Dengan Plan pembayaran mudah, korang boleh bawak balik smartphones terhebat di bawah ini tanpa pembayaran pendahuluan. Hanya walk in di mana mana cawangan Blue Cube yang terlibat untuk mendapatkan kontrak 12 bulan mahupun 24 bulan dengan 0% bayaran ansuran.

Hanya daftar dengan mana mana plan yang ditawarkan, korang boleh dapat iphone 5s dengan data sehingga 5GB.


Dengan Celcom Data Lite, bayaran bulanan hanya Rm48 sahaja di mana data volumenya adalah 1.5GB. Kelebihan yang korang dapat dengan diskaun sehingga Rm300.




Bagi yang memilih Celcom First One Plan 5GB, bayaran bulanan hanya Rm88 sahaja dengan tawaran kontrak selama 24 bulan. Dengan pembelian ini jugak, korang boleh dapat diskaun sehingga Rm700++. Banyak tu! Bayaran bulanan pun rendah plus nilai untuk korang calling calling pun berpatutan. Lepas ni boleh laa korang bergayut lama lama.

Kenapa memilih Celcom untuk smartphone korang?

Celcom merupakan rangkaian paling laju untuk online sampai lebam di mana saja setiap masa plus Celcom merupakan pemenang berturut turut bagi of Frost & Sullivan Awards yang mengukuhkan lagi rangkaian yang paling kuat dan terbaik di Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh mengunjungi Blue Cube yang berdekatan ataupun layari website di

https://www.celcom.com.my/personal/promotion/CelcomRaya?pid=1360826467841.



Dicedok dari - Pen Merah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
galakkan hutang………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2014 02:27 AM | Show all posts
Esmiria posted on 12-12-2014 08:17 PM
galakkan hutang………

macam biasa... biar papa asal bergaya. Pepatah yang diimani Melayu Muslim. Mengganggur tapi sibuk nak beristeri atau teman wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 12:06 PM | Show all posts
ni kena pakai kad hutang kan rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 05:18 PM | Show all posts
byk smatfon yg murah2 dah skang

xpyhla bhutang sbb nk bli fon canggih2 ...sedihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:11 AM | Show all posts
skg ni aku punya phone bill, company aku bayarkan....dah 2 taun lebih bil aku asik bawah RM50, bos pulak dah 2 kali call tanya knapa aku tak maximize kan penggunaan ....aku tak tau nak buat camna....rasa2 korg kalau aku beli plan sekali dgn semakpon tu sekali berbaloi tak?
skg ni aku guna line maxis (beli zaman tok kaduk dulu, masa ameno offer jadi ahli puteri ameno dapat line yang aku cuma byr usage je, aku ada 2 line), dah try call maxis kalau aku beli package sekali dgn semakpon, leh ke aku maintain existing line, cust svc kata no wayyyy, existing line akan di kensel...aku sayang dgn line ameno tu....
so korg blh suggest tak line lain yg ok (sekali dgn semakpon)...skg ni husb aku guna celcom, tapi internet dia skg ni mcm lembab ala kura kura dah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2015 12:25 AM | Show all posts
ala student lagi la bang.. tapi nak tukar sgn3 to iphone6.. tak salah kan berangan........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044697 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list