CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2379|Reply: 1

KPN akan berlaku adil, tapi untuk sesetengah pihak sahaja

[Copy link]
Post time 13-1-2015 11:38 PM | Show all posts |Read mode
KPN akan berlaku adil, tapi untuk sesetengah pihak sahaja


0 Shares
0 Comments
Share:


oleh Pembaca Semut Harian

KOMEN PEMBACA: Rakyat sebenarnya OK sahaja. Semua isu sensitif ini dicipta oleh parti politik dan NGO demi agenda peribadi dan politik mereka. Ada banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat. Mereka sepatutnya tumpu kepada isu-isu itu.

Tetapi orang bukan Islam kena sensitif terhadap perasaan orang Islam, dan perlu menahan diri daripada mengutarakan pandangan tentang Islam secara negatif. - Khazalie Kedam

Madden Fidz: Untuk menunjukkannya seperti berat sebelah – mereka sebelum ini berkata (siasatan) kerana Ketua Polis Negara (KPN) ditekan Umno.

Michael Yeow: Adakah mereka tahu apa makna “adil”? Adakah perkataan itu ada dalam kamus mereka? Saya tak tahu nak kata apa lagi!

Sangeetha Jayaram: Apakah itu “adil”? Beliau tiada otak mahu pun akal.

Terez Ling: Sejak bila KPN berlaku adil? Beliau bertindak cepat macam kilat apabila melibatkan kegiatan anjuran pembangkang.

Leong Peng Kong: Ada orang bodoh di depan…

Tanazman ZA: Kepada semua yang beri komen. Jangan bercakap seperti budak-budak. Jika anda ingin hidup dengan harmoni, tidak perlu bercakap tentang agama. Tolonglah berhenti. Fikir dengan bijak. Biarkan pihak berkuasa jalankan tugas mereka.

Tirupati Veerasingham: Beliau akan mengikut arahan ketuanya. Sama seperti semua kroni sebelumnya.

Danny Chan: Beliau tentu berlaku adil dalam menggunakan Akta Hasutan…lebih adil ke atas satu pihak berbanding pihak yang lain!

Bernie Wong: Huh! Peguam Negara bebaskan Ibrahim Ali. Tiada tindakan ke atas Ridhuan Tee walaupun banyak laporan dibuat. Bolehkah kita harap KPN untuk bertindak adil?

Rene Pang: Masalahnya mereka gagal membezakan perkara baik dan buruk, tetapi mahu jadi superhero.

Suraj Olikh: Berdasarkan tindakan-tindakannya, saya yakin beliau tidak akan berlaku adil.

Choo Chee Kiong: Hahaha. Sesetengahnya ditugaskan untuk menguatkuasakan undang-undang, dan sesetengah lagi merasakan merekalah undang-undang.

Patrick Leau: Orang dengan IQ rendah tidak akan adil. Mereka sentiasa fikir mereka betul.

Daniel Teoh: Jika beliau seorang yang adil, sudah lama beliau akan ambil tindakan.

New Ah Lek: Jika adil anda tidak akan persoalkannya di sini?

Patrick Lim: Seluruh rakyat sedang memerhati!

Komen-komen ini berdasarkan artikel, “Will the police chief take action without fear or favour?”




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2024 02:25 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Tak adel lar namanya tu...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042824 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list