CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4276|Reply: 5

Senapang Cowboy Berusia 133 Tahun Ditemui Tersandar Pada Pokok Di Taman Negara

[Copy link]
Post time 17-1-2015 12:22 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Antara kelihatan dengan tidak...selaras senapang Winchester ditemui tersandar pada sebatang pokok selama 133 tahun tanpa diganggu atau disentuh oleh manusia.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]NEW YORK: Selarang senapang berusia 133 tahun mungkin milik seorang cowboy telah ditemui tersandar pada sepohon pokok Juniper di Taman Negara Nevada, Amerika Syarikat oleh ahli-ahli arkeologi yang sedang membuat penyelidikan di taman berkenaan.
[size=0.98em]Senapang itu adalah dari model Winchester yang dikeluarkan pada tahun 1882 dan masih dalam keadaan baik serta sempurna melainkan ia telah berkarat kerana terdedah kepada cahaya matahari dan cuaca.
[size=0.98em]Ia ditemui November lalu dan kini akan dipamerkan untuk tontonan awam di taman negara tersebut, demikian menurut jurucakap Taman Negara Nevada, Nichole Andler.


[size=0.98em]Bagaimana senapang tersebut boleh berakhir di situ masih lagi menjadi misteri.
[size=0.98em]Menurut Andler, senapang itu mungkin sukar ditemui apabila ia telah bertukar warna menjadi warna coklat kerana karat dan itu menyebabkan warnanya seakan-akan sama dengan warna batang kayu pokok Juniper tersebut.


[size=0.98em]Pada laras senapang berkenaan terukir perkataan “Model 1873” sekaligus membuktikan yang ia adalah salah satu jenama senapang paling popular pada zamannya.
[size=0.98em]Winchester diketahui mengeluarkan lebih 700,000 unit senapang berkenaan yang mana menurut Andler dijual pada harga yang berpatutan serta dikenali sebagai “senapang yang memenangkan wilayah Barat untuk Amerika”.
[size=0.98em]Winchester mengeluarkan senapang ini dari tahun 1873 sehingga 1916.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2015 03:48 PM | Show all posts
Tak perasan bila dah bertukar seakan akan warna pokok....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 11:26 AM | Show all posts
Cowboy punya senapang.. best!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cowboy pelupa. Salah letak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:07 AM | Show all posts
SENAPANG NI MGKIN MMG BERUSIA LEBIH 100 TAHUN..TP TAHUN BILE DI SANDAR KN PADA POKOK 2..COMPOM KE DAH 100 TAHUN..ENTAH2 BARU 50 THN DIE KT SITU.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 12:52 AM | Show all posts
aku baca winchester, teringat aku dkt supernatural
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044094 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list