CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kevsgurls

kisah kawanku

[Copy link]
 Author| Post time 21-1-2015 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 21-1-2015 01:42 AM
Dasat gak cite ina tu.

Darjah 6 kecik la lagi.

budak darjah 6 dulu2 kan nampak matured..mcm akak2 sklh menengah dah waktu tu.tinggi2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 06:46 PM | Show all posts
  parking di rumah TT
kippidup penceritaan saudari...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ad lg cerita..tp x sempat nk kopipes.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 12:53 AM | Show all posts
nice story..teruskan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 04:45 PM | Show all posts
lama x menjenguk masuk..ingatkan xde org nak baca..2 yang x menulis dah.huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 04:54 PM | Show all posts
Ini merupakan kisah yang dialami oleh Syu (watak sebelum ini) ketika bersekolah. Syu merupakan kawan sebilik TT yang boleh dikatakan agak rapat la. Syu ni senior yang banyak berkongsi pengalaman ketika bersekolah. Ani merujuk kepada aku (bukan nama sebenar) dan minah (kawan baik aku yang tinggal di bilik lain)
Ok,aku nak ceritakan sedikit keadaan tempat prep hostel kami. Bilik prep disediakan didalam hostel sahaja,di stiap aras. Tapi ada satu tempat prep ni, memang open air,selesa dan sejuk. Tempat dia mengadap hutan dibelakang hostel atasnya pulak bilik prep aras 1. Tempat tu merupakan tempat khas untuk pelajar-pelajar yang nak  buat perbincangan,sebab boleh bising. Tapi, kami ni tiap2 malam bising,so dah jadi port khas la kiranya.


Pada malam itu, aku  hendak bersiap ke kelas prep besfren aku si Minah pulak tunggu aku bersiap dekat birai katil, tiba-tiba Syu berkata:  nanti ajak minah dkt duduk dengan syu dan nija tau tau,syu p cop tempat jap. OK!!!! Jawab aku separuh menjerit. Ketika aku dan minah sampai di tmpt prep,aku Nampak Cuma 5 orang pelajar yang dah datang termasuk si syu dan Nija. Aku pun terus duduk di antara syu dan minah. Selalunya jam camtu ramai yang dah duduk di meja-meja tersebut. Oh,mungkin malam ni, ramai yang nak belajar sorang-sorang la kut.Kita orang borak-borak la dalam 15minit, dan tiba-tiba si Syu ni diam dan start belajar. Dalam setengah jam lepas tu, aku Nampak si syu ni gelisah semacam sekejap-sekejap mata melekat dekat ampaian, tak tau la kenapa. Nija pulak buat-buat tak paham dan pastu pandang aku seolah-olah suruh aku buat tak tau (nija ni paham pee si Syu). Aku pun pura-pura la tunduk sambil buat kerja. Aku pandang Si Minah dia tengah syok dengar mp3  xpeduli kiri kanan dah. Aku dah rasa lain macam,meremang tak hengat. Si Syu pulak start membebel-bebel,aku tak dapat dengar semua,Cuma aku perasan dia ada sebut macam ni,pergilah,dia tak kacau kau pun. Aku punya lah nervous waktu tu,tuhan je yang tahu macam mana. Yela, kot2 benda tu ada dekat kau n syu suruh dia lari. Mana la kita tau. Aku punyalah tahan rasa nervous aku,padahal jantung dah nak terkeluar dah. Nasib baik aku mampu tahan sampai tamat waktu prep.
Dah tu, kami berempat masuk ke bilik aku,roommate-roommate lain lepas prep memang ke dewan makan, supper.. Dalam bilik tu, aku, nija dan syu senyap tapi si nija ni terlebih ceria pulak,bercakap tak henti-henti. waktu minah syok pot pet pot pet, syu pandang minah,tak berkelip. Tetiba syu Tanya dekat minah, berapa hari dah ikut dia ni?. GULP!! Seriau aku dengar soalan tu, siapa pulak yang menigkut ni. Tetiba pulak si Minah ni diam sambil buat muka blur. Syu panggil minah, minah dok sini,aku nak becakap dengan yang belakang engko tu. Aku punya la takut,aku paut tangan nija. Kenapa kau ikut dia ni? Aku Tanya kan,nape x jawab? Tetiba Syu bediri dan bacakan Ayat kerusi dan surah-surah lain. Tiba-tiba ada angin menderu je. Dah tu, syu pun bukak cerita, dia perasan ada benda ikut belakang minah sejak dari minah masuk pintu bilik kitaorg, waktu minah dok dekat katil aku,benda tu bediri tepi dinding, dan waktu dekat tempat prep tadi,benda tu main-main dekat ampaian sebab dia tau syu boleh Nampak dia, dan last-last dia pegi depan meja Minah dan pandang minah belajar. Macam menjenguk  dari bawah meja la rupanya.
Korek punya korek rahsia, rupanya beberapa hari lepas, si minah ni penah OT belajar. Sampai tertidur dekat bilik prep aras 2. Dalam dia tertidur tu, tiba-tiba dia rasa panas. Bukak mata, dia tengok, kipas takda, dia pi on kipas dan dok belajar balik sebelum dia tertidur semula tak lama kemudian. 20minit macam tu, dia dengar bunyi benda jatuh depan dia, dan tersedar semula. Slow-slow dia angkat kepala dan pandang kearah datangnya bunyi tu. Tiba-tiba dia Nampak ada benda berambut panjang bediri depan meja dia,berdiri sambil tengok dia. Punyalah dia terkejut dan terus capai beg pulang ke bilik. Start dari hari tu, dia rasa ada orang ikut dia,dia mengadu dekat ustazah, ustazah terus kasi dia pinjam MP3 yang ada ayat Al-Quran dekat dia. aku terus tanya da,kenapa tak bagitau aku pasal tu,dia takut aku jauhkan diri dan takut dengan dia. Patutlah selalu lesap,rupanya pergi jumpa Ustazah dan dia tak sangka benda tu masih ikut dia sampai waktu tu. Last-last, si Syu pesan siap-siap dekat kita bertiga, jangan nak pandai2 OT sampai pagi sorang-sorang. Aku masih bekwan rapat dengan diorg ni smapai sekarang. Syu pun dah kawin,x keja dah kat tmpt hari tu.Jujur aku cakap sekarang aku selalu ikut(ikut je) syu dan suami dia rukyahkan orang. Alhamdulillah kita bertiga sama-sama dalam proses berubah. Dah takde dah nak nakal-nakal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2015 12:06 PM | Show all posts
CARA PENCERITAAN AGK KURANG MENARIK. TERUSKN USAHA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2015 11:16 AM | Show all posts
masnona replied at 20-5-2015 12:06 PM
CARA PENCERITAAN AGK KURANG MENARIK. TERUSKN USAHA

ok.mintak maaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2015 03:11 PM | Show all posts
kevsgurls replied at 19-5-2015 04:54 PM
Ini merupakan kisah yang dialami oleh Syu (watak sebelum ini) ketika bersekolah. Syu merupakan kawan ...

2 cerita sebelum ni, best!..
tapi yang ni agak keliru sikit, tp masih boleh paham..

kalau boleh part yg ada dialog tu, minta susun sikit & letakkan tanda bacaan tuk bagi senang paham..

kalau tak keberatan lagi, minta share lagi cerita2 yang best.. hihi..

kipidap, TT!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 01:13 PM | Show all posts
cerita best, tapi kalau boleh lepas ni banyakkan perenggan & space (jarak).

share la lagi ye
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.355830 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list