CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: IXA.MAD

Life of a student

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2021 10:57 AM | Show all posts
Salam semua,

Masa sibuk belek2 password list, aku ternampak password forum ni. Dah lama rupanya since aku last sign in. Ok aku nak cerita first cerita seram yang aku hadapi dalam hidup. Cerita ni terjadi masa aku umur dalam maybe 9 tahun or 10 tahun, awal 20-an. Aku masa kecil selalu lepak rumah cousin, sebab adik beradik sikit n cousin ramai yang sebaya lebih kurang so masa cuti je tidur kat sana. Kebetulan rumah cousin aku n rumah atuk aku ni setentang, so lepak rumah cousin, kalau nak duit pergi rumah atuk bodek2 dia n dia kasi la seringgit dua. Masa tu air botol ( aku lupa apa term dia, aku panggil air botol je, kat kelantan banyak benda tu) yang ada perisa sarsi/oren dalam 60sen.

Nak dijadikan cerita, masa tu cuti sekolah kot(lupa timing) sebab sepupu aku dari tumpat pun datang melepak sekali. Macam biasa kitorang sepupu sepapat ni berhimpun n main lah sampai malam, sampailah aku tertidur. Aku jenis senang tidur, kadang2 masa borak2 pun aku boleh terlena. So aku tak pernah faham macam mana orang lain cakap susah nak tidur suma sbb aku tak pernah hadapi masalah susah tidur. Letak je kepala terus lentok. Tapi sebab perangai ni yang buatkan aku kena kacau malam tu.

Selalunya, ayah aku akan ambil malam lepas isyak sebab rumah lama aku dekat kg lagi, tetapi maybe sebab aku dah tertidur, ayah aku biarkan dan ambil keesokan hari. Ok ni lagi satu perangai aku, aku senang tidur dan juga akan terjaga tengah malam, dalam pukul 1 or 2. Perangai ni lekat sampai aku dah ada anak sorang. Tengah syok2 tidur tu, aku terjaga dekat ruang tamu sorang-sorang. Masa tu aku dah macam mamai, sedar tak sedar. Aku tengok jam dinding masa tu dalam pukul 12 lebih n semua dah berdengkur. Aku pun baring balik. Tetiba aku dengar macam bunyi kambing kat bawah lantai aku. Rumah cousin aku ni, dia rumah kampung bertiang dalam 3 kaki tinggi, bawah rumah dulunya pak sedara aku bela ayam itik. So agak mustahil lah ayam itik bunyi macam kambing. Pemikiran budak zaman tu cakap, oh maybe kambing tengah lepak kot, tak pelah. Dalam 2 minit lepas tu, aku bunyi macam orang mengerang. Hurggg.... hugggg... hurghhhhh macam tu. "Ape hal pulak ni", bisik hati kecilku. Bunyi orang tu macam dia pusing satu rumah, kejap belah kiri, kejap belah kanan, kejap depan pintu rumah. pastu bunyi pintu depan kena ketuk. Tot tot tot. Hurgh... hurghhh hurghhh.. bekkk bekkk bekkk.... silih berganti. Aku yang tengah blur mula kembali ke realiti. Kakiku terus laju, rumah tu ada tiga bilik, semua bilik aku try masuk tp kunci termasuk bilik bapa sedara aku. aku dah takut, bunyi mendengus/mengerang tu macam follow aku, aku sampai dekat dapur, suara dia ada luar pintu dapur, aku dekat pintu bilik, suara dia macam luar bilik. Bunyi kambing tak payah cakap, macam bawah rumah ni kambing je ada. Aku dah start menangis, n terduduk dekat ruang tengah yang diorang ni jadikan tempat solat. Pastu aku terdengar bunyi pintu depan terbukak, krett krett kreeeeetttt. Lagi lah seram dibuatnya. Ntah macam mana, aku terfikir nak try lagi sekali bilik tengah tu, aku lari terus sbb dari ruang tengah ke bilik tengah tu, mengadap pintu depan. So aku gamble, sama ada kena makan dengan hantu atau die trying.

Aku buka je pintu tu, pintu tu tak berkunci pulak. Tadi aku memang ingat berkunci. Tapi aku abaikan je. Masuk je dalam bilik, terus aku kunci. Dalam bilik tu ada sorang kazen aku tgh tidur, aku duduk tenangkan diri atas katil. Aku dapat rasakan hantu tu dah masuk dalam rumah sebab bunyi tapak kaki luar bilik, dengan pintu aku tak sure pintu mana, terbuka. Korang imagine, budak umur 10 tahun kena hadap bunyi mendengus/mengerang, seram dgn bunyi kambing dan juga bunyi pintu terbuka. Lepas aku dapat balik nafas aku, aku pun nak cari port sembunyi dalam selimut. tapi aku perasan satu benda, sepupu aku tidur macam fetus position, tp kenapa kaki dia macam panjang sangat? semacam lutut ke kaki dia sama panjang dengan upper body dia. Aku dah macam alamak, aku tidur dgn hantu ke ni. aku pun macam abaikan, kalau lah aku kena makan dengan hantu, lebih baik dgn hantu yg aku kenal.

Tetiba pintu bilik yang aku duduk tu berbunyi, kena ketuk. Orang tu macam ada dekat luar bilik je. aku dengan seramnya duduk belakang pintu dengan harapan kalau pintu terbuka, dia tak nampak aku. aku boleh tengok muka hantu tu sebab mengadap pintu bilik tu, ada dressing table. Tapi yang pelik nya, dia tak masuk, cuma ketuk2 dengan buat bunyi mendegus dia. Pintu yang di luar memang bunyi terbukak je. Selepas beberapa ketika, aku pun naik balik atas katil, n aku punya curiousity aku cakap, ko bukak selimut ni. tengok apa sebenarnya. Kalau ada hantu lain, aku keluar lari ikut tingkap. Lepas buat beberapa risk assesment,aku pun beranikan diri bukak selimut tu. Rupanya, sepupu aku lagi sorang dalam tu tengah gigil, sempat lagi dia suruh aku masuk cepat2. aku pun terus join sekaki, aku mengintai pintu tu daripada celah2 selimut, in case dia masuk. Bunyi pintu terbukak dengan kambing ni sampai subuh, lepas azan subuh je terus hilang semua. Aku bukak pintu rumah, berlari ke rumah atuk aku.

Lepas peristiwa tu, aku try tanya dekat sepupu yang tidur tu, dengan sepupu yang aku join dalam selimut, yang tidur cakap dia tak dengar pape n cakap aku tengah mimpi, yang join aku dia cakap sama mcm aku dengar. Pastu dalam 10 tahun lepas aku tanya balik, dia dah lupa. Aku memang yakin benda tu yang aku dengar sampai sekarang. Sebenarnya panjang lagi tapi sebab dah lama, ada setengah part aku dah lupa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
IXA.MAD replied at 29-1-2015 07:31 AM
Title : Komplikasi Cerita Seram di Perindu 4

Assalamualaikum

Adehhh..semlm baru gi anto brg anak kat Perindu.. Perindu 4 ye..dan aku sebenarnya br terbaca thread ni same day waktu nak hantar brg anak tu..mcm tetiber terbuka hati nak baca..(sebenarnya gatal..sbb dah xde thread best).. neway..sampai btl2 maghrib..sayu sunyi je sbb kena naik bukit curam..kata anak bilik dia dkt kalau lalu situ..tingkat 4.. tp if ikut bukit naik 1 tingkat je.. memang sayu tgk suasana..tp xnak cite kat sesiapa..kang seram pulak diorg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2021 11:53 AM | Show all posts
nurkasih74 replied at 29-11-2021 01:21 PM
Adehhh..semlm baru gi anto brg anak kat Perindu.. Perindu 4 ye..dan aku sebenarnya br terbaca thre ...

saya dulu perindu 4 yang mengadap kolej chempaka kalau tak salah. yang naik bukit ke datc tu. betul2 mengadap jalan bukit yang nak ke datc n kantin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051683 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list