Jawatan kosong sebagai Polis Bantuan untuk Koperasi Polis. Spesifikasi Tugas: - Menjaga kawasan bit, pos bengkel, ibu pejabat, pejabat tunai, stesen, platform dan seluruh kawasan selian;
-Menjalankan tugas-tugas mengiringi wang ke bank bersama penyelia;
- Menjalankan tugas-tugas rondaan bersama penyelia dikawasan selian;
- Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki depoh dan pejabat selian;
- Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di depoh dan pejabat selian;
- Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian, balai dan sebarang buku laporan. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 19 tahun dan tidak melebihi 35 tahun. 3. Kelayakan minima lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lulus untuk subjek Matematik.
4. Mempunyai ukuran badan dan pancaindera seperti berikut:
i) Tinggi (tidak bersepatu)-sekurang-kurangnya 162sm bagi LELAKI - sekurang-kurangnya 152sm bagi WANITA
ii) Berat badan -sekurang-kurangnya 50kg bagi LELAKI - sekurang-kurangnya 48kg bagi WANITA
iii) Ukuran dada - sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas bagi LELAKI sahaja.
iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.
5. Tahap kesihatan dan penglihatan yang baik serta tiada kecacatan fizikal.
6. Tiada rekod jenayah lampau dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
7. Bersedia ditempatkan kemana-mana lokasi Ajensi diserata Malaysia.
|