Buat lagi apam yogurt terlajak sedap....terlajak larisss....kali ni apam xmerekah sbb kukus guna api kecil....buat deko flora kat atas tu....resepinye sama je cuma rupanya lain skit... Silakan share/tag/cuba.... smile emoticon Apam Yogurt Flora Bahannya.... 1 1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil ovalete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt perisa asli
2 biji telur
1/2 sudu kecil double action baking powder (klu xde blh guna baking powder biasa)
sedikit coklat emulco (utk bahagian atas)
sedikit pewarna biru (utk bahagian atas) Caranya.... - Campurkan semua bahan2 kecuali coklat emulco & pewarna biru....pukul semua bahan hingga pekat dan warnannya kelihatan pucat....adunan akan menjadi seakan yogurt.
- Kemudian asingkan sedikit adunan lebih kurang dlm 4-5 sudu utk 1 warna....bolehlh diwarnakan....gaul sebati.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag utk memudahkan kerja2 memasukkan adunan ke dlm paper cup....
- Pipekn adunan putih ke dlm papercup sebanyak 3/4 dan sedikit adunan berwarna diatasnya.
- Bolehlah dikukus dgn api yg kecil...pastikan air kukusan dah mendidih dan betul2 panas. Kukus apam selama 15 minit atau hingga masak dan apam kelihatan merekah....penutup periuk kukus perlulah dibalut dgn tuala yg bersih utk mengelakkan air menitis di atas apam.
- Dah masak....sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba.... * Warna dan perisa boleh diubah mengikut citarasa sendiri....tiada paksaan.
|