View: 5425|Reply: 12
|
Konflik di Syria bermula dr sekumpulan kanak2
[Copy link]
|
|
Petikan temubual dgn pendakwah dan pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim:
Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a.
Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.
Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.
Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka.
Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.
Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.
Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati.
Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan.
Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.
Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan. Setelah 6 bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA). FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.
Hundreds of Syrians march in Damascus in March 2011, chanting "Daraa is Syria" as protests spread throughout the country. |
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak pun kena tangkap jugak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Assad ni Syiah kan mmng dzalim terutama kpd ahli Sunnah. Bapakya Hafez Assad pun sama jgk tarap diktaktor |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah..... kejamnya..... subhanallah... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg diktator......sama macam Saddam. Cuma peliknya Saddam dipuja...depa ni dicaci...padahal ideologi sama Parti Baath. |
|
|
|
|
|
|
|
kena dgr kedua belah pihak... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu cuma buah mulut org bercerita kan? Mungkin dah byk ditokok tambah. |
|
|
|
|
|
|
|
hurmm.. Betoi ke.. Tapi bella xkan percaya cerita sebelah pihak je |
|
|
|
|
|
|
|
hampir2 cam kes student tulis kak mah puaka kat dinding dewan sebuah universiti
|
|
|
|
|
|
|
|
PENGHARAMAN MENYERUPAI SESUATU KAUM
Penganut Zoroastrian
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS: Al Isra’: 36).
“...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan (0rang kafir) mereka setelah datang ilmu (petunjuk) kepadamu, sesungguhnya kamu kalau demikian termasuk golongan orang-orang dholim.” (QS: Al Baqarah: 145).
dari Ibnu Umar,: “Siapa saja yang menyerupai suatu kaum (gaya hidup dan adat istiadatnya), maka mereka termasuk golongan tersebut.” (HR. Abu Daud dan Imam Ahmad).
dari Abu Hurairah “Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.” Di antara saha-bat ada yang bertanya: “(Ya Rasulullah) apakah yang dimaksud (di sini) seperti bangsa Persia dan Romawi?” Rasulullah saw menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)” (HR. Bukhori, ).
Siapa saja yang menyerupai suatu kaum, ia termasuk golongan mereka. (HR Abu Daud dan Ahmad).
Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golonganku. (HR at- Tirmidzi).
dari Abu Sa’id Al-Khudriy "Kalian akan benar-benar mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga andai mereka memasuki lubang biawak, maka kalian pun mengikuti mereka". Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah mereka adalah orang-orang Yahudi, dan Nashrani". Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR. Al-Bukhoriy). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|