CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: gusikuberdarah

Pengalaman Tinggal Bersendirian

[Copy link]
Post time 6-3-2015 04:46 PM | Show all posts
Nak menumpang kasih jugak laa.
Malas nak buka benang baru.

Kisah ni dalam penghujung 2013 gitu.
Tapi bukan kisah bersendirian la.
Berkeluarga, cuma semua dah lelap waktu tu.





Aku n family menyewa kat satu rumah ni.
Rumah ni kat Kedah.
Kedah kat mana? Itu secret.
Kang tutup periuk nasik la plak kan.

Time tu aku kerja shift 6pm-12am.
Rumah ada 3 bilik.
Kejadian di bilik depan.

Bilik tu akak aku tidur dengan anak-anak dia.
Biasa la rumah sewa malam memang bahang.
So dia tidur buka pintu.
Aircond takde (miskin je huhu).

Bila aku balik dalam 12am+, aku pun rileks2 la kat depan rumah dulu.
Biasa orang tua cakap kalau balik malam sampai rumah jangan terus masuk.
Tunggu depan garaj barang seminit dua.
Kenapa? Katanya kalau-kalau ada yang mengikut dan menumpang, sempat mereka cari jalan pulang sebelum kita sebagai pemandu ni masuk dalam rumah kita.
Katanya la. Sejauh mana kesahihannya, aku pun tak pasti.

Bila dah balik, lampu semua dah tutup.
Tinggal lampu porch je on.
Aku pun masuk la bukak lampu ruang tamu.
Bancuh2 milo, lepak2 atas kusyen, bukak TV tengok apa je yang ada (TV3 ada midnight movie).

Kemudian aku pun pergi la menjenguk kat bilik kakak aku tidur dengan anak-anak dia tue.
Barang aku ada dalam tu.
AKu tak buka la lampu takut mengganggu pulak.
Tengah derang pun tengah nyenyak tido.

Dah habis ambil barang, aku pun keluar balik ke main hall.
Tiba-tiba aku nampak lampu bilik dia terpasang.
Mungkin dia ada bangun minum air ke apa kut.

Aku pun pegi la nengok kalau2 nak mintak tolong ambik air kat dapur ke apa.
Guess what? Beliau n anak-anak tak bangun pun.
Sedap je berdengkur.

Bila aku kejut dia, tanya sape bukak lampu?
Dia cakapla, eh mana dia tau?? Dengan muka mamai2 lalok2.
Ahh sudah..

Aku pun speku ingat suis ada problem ke ape ke.
Tengok2 suis pulak terpasang elok macam ade orang tekan.
(yela kalau suis problem internal, suis tak petik pun lampu on. Maknanya suis tak diubah secara fizikal)

So aku pun tutup la balik lampu tu dengan harapan tiada lagi yang mengganggu.
Alhamdulillah aku tidur nyenyak kat ruang tamu, tanpa sebarang gangguan hatta daripada nyamuk sekalipun.

FYI, rumah ni sebenarnya macam harta satu kolej ni.
Dia buka buat rumah sewa.

Bila keesokan aku pegi tanye kut2 ade sejarah hitam kat area ni, orang ofis cakap setakat ni belum ada apa2 laporan pun.
OK la.
CUma dia cakap tu bangunan asal.
Rekabentuk lama.
Penghuni dah ramai.
Macam2 ragam penah menginap.

So sampai sekarang sihat walafiat la rumah tu.

(sorry la tak berapa skeri)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 05:20 AM | Show all posts
dulu masa duduk malaysia adalah nampak benda2 ni. tp skang ni duduk obersea nk gak tgk klu2 ada yg macam dimomok2 kan oleh mat salleh tu. takdak. paling koman pun yang aku nampak ada lembaga hitam (macam pompuan) slalu lalu lalang dalam bilik bertentangan bilik aku (dari balkoni aku leh nampak bilik budak ni). tapi masalahnya apartment tu takde orang duduk. masa baru2 duduk sini ingatkan bilik tu da ada penghuni tp bila siang bilik tu mmg kosong. asal malam je lembaga tu mundar mandir lam bilik ke balkoni. citer aku tak le seram sgt tp nk gak share
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:04 AM | Show all posts
xoxopac08 replied at 3-3-2015 08:20 PM
Aku tumpang cite ye. Aku baru pindah semula dok umah mak aku. Mula2 aku ingat jiran atas ni dok mema ...

ni ha..nak bagi tau gak
ari ahad baru ni
balik dari jemput anak kat tempat tuisyen..siang je pun
masuk umah, rasa muka pedih2 je
bila nak ambik wuduh
lagi rasa pedih, tengok muka, tengok, calar2
tak tahu apa sebab...
tapi tak ada le sampai maki2 benda2 yg berbunyi tu
malam tu pulak..mimpi kena cekik (mainan tido ke apa)
siap ada hembusan kuat kat tinga

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:32 AM | Show all posts
mamaezah replied at 24-2-2015 11:29 AM
nak kongsi tapi....sejujurnya mama cakap, lagi mama berkongsi lagi hebat mama di ganggu ...skrg ni p ...

beraninya mama....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:47 AM | Show all posts
mamaezah replied at 4-3-2015 10:27 AM
mama duduk kelana jaya...umah sewa...umah lamaaa tp tn umah beli dan renovate kasi elok, neighbour ...

oh cam tu ya mama?
pendek kata, jgn biar bilik tak digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 01:02 PM | Show all posts
hi tt.. saya tumpang cerita jugak ye.. actually xde la seram sangat cuma bila dipikir-pikirkan semula kenangan tu rasa cam tak percaya saya leh hidop sorang-sorang masa dulu haha..

dipendekkkan cerita..saya pernah duduk sorang-sorang kat sebuah rumah di sg.besi lebih kurang 2 tahun.. bukan rumah sewe..tapi rumah abg long saya.. before saya pindah masuk memang rumah tu sejak awal dibeli abg long saya bagi sewe kat orang. Rumah tersebut jenis apartment dan setiap tingkat ada 16 buah rumah dan setiap tingkat rumah tersebut dibahagikan kepada 4 buah rumah secara berdepan-depan atau sebaris ( harap korang boleh bayangkan hehe).

cerita 1 - umah saya duduk adalah yang last sekali no 16. Rumah 13,14,15 adalah rumah kosong dari mula pindah sampai saya pindah keluar semula. Rumah sebelah saya ( saya xigt no 13, 14 or 15) pelik sikit.. Sebab bila saya lalu je mesti rumah tu pintu mesti terbuka (walaupun saya tutup semula) dan akan ada rasa mcm angin sepoi-sepoi bersama rasa seram sikit..Tapi itu sajalah xde benda seram pun jadi.

cerita 2 - saya memang suka tidur lewat malam. Tiap-tiap malam lebih kurang jam 9-12 akan dengar perabut or meja/kerusi dialih-alihkan. Masa awal-awal saya hanya anggap maybe ada orang atas pindah rumah dan xhabis-habis berkemas. Tiap-tiap lepas jam 12tgh mlm - 3 pagi pula saya akan dengar bunyi lesung batu. Sekali lagi saya hanya fikir maybe ada jiran atas saya nih berniaga nasi lemak so nak tumbuk sambal. Masa tu memang saya tak terfikir langsung apa rasionalnya nak tumbuk sambal buat niaga kan better guna blender je ( lurus bendul betul saya masa tu ).

cerita 3 - disebabkan saya tinggal sorang-sorang kadang-kadang saya ajak kawan2 or sedara perempuan saya tidur sama. Ada 1 malam sedara saya yang agak alim tidor bersama saya di bilik utama. Tengah sedap-sedap tidur dia kejutkan saya sebab dia kata ternampak ada 1 lembaga hitam dibahagian di luar bilik. Dalam mamai-mamai tu saya rasa macam ada 1 benda hitam melintas saya dan terasa tilam seperti dipijak. Takut gila masa tu tapi ntah kenapa saya pergi marah sedara saya tu cakap dia merepek je..( sbnrnya saya tak nak dia takut sebab kalau dia takut saya lagi la takut hehe)..Untuk pemahaman semua..kedudukan bilik saya adalah sebelah balcony so saya memang akan buka tingkap bila tidur.

cerita 4 - selepas kejadian ternampak lembaga hitam tu.. baju kurung saya kerap hilang. Yang ni saya pasti bukan kerja hantu tapi maybe pengamal ilmu itam or org mental. Sebabnya selepas 2 - 3  minggu hilang.. baju tu timbul semula tapi ...diletakkan dalam plastik sampah depan lift. Saya tak ambil semula baju tu sebab saya takut nanti jadi benda lain plak.

sekian cerita dari saya..xde la seram pun hehe..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2015 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 10-3-2015 11:04 AM
ni ha..nak bagi tau gak
ari ahad baru ni
balik dari jemput anak kat tempat tuisyen..siang je pun ...

Agak2 kenapa tu ye. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 01:09 PM | Show all posts
xoxopac08 replied at 12-3-2015 08:44 AM
Agak2 kenapa tu ye. Huhuhu

tu arrr...sampai skrg tak tahu knp....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
acuz replied at 10-3-2015 01:02 PM
hi tt.. saya tumpang cerita jugak ye.. actually xde la seram sangat cuma bila dipikir-pikirkan semul ...


kentalnya awak duduk sampai dua tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 12:08 PM | Show all posts
awanearisu replied at 18-3-2015 06:38 PM
kentalnya awak duduk sampai dua tahun..

sebab cik antu tu xtunjuk muke so jiwa kental la jugak.. kalau die tunjuk muka confirm saya pun cabutttt hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.052680 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list