CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1757|Reply: 0

MWC 2015 – Gionee Elife S7- Telefon Dwi-SIM Ternipis Di Dunia

[Copy link]
Post time 9-3-2015 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Mereka mengatakan dengan rekaan badan yang mempunyai celahan U pada bahagian tepinya dapat menambahkan kekukuhan badan telefon pintar ini, selain berfungsi untuk menambahkan cengkaman kepada telefon pintar ini. Seperti biasa dengan rekaan yang nipis dan ringan pengguna biasanya risau akan cengkaman dan takut telefon pintar terlepas dari pegangan tangan namun selepas memegangnya kami rasakan cengkaman yang diberikan agak bagus. Telefon yang buat masa ini ternipis di dunia ini mempunyai ketebalan 5.5mm.

Dari segi spesifikasi ia membawakan paparan skrin bersaiz 5.2-inci 1920 x 1080 Super AMOLED, cip pemprosesan MediaTek 1.7GHz lapan-teras 64-bit, memori sebanyak 2GB RAM dan kapasiti storan sebesar 16 dan pengguna tidak boleh menambah kapasiti storan kerana tiada slot mikro-SD. Ia juga beroperasi menggunakan Android Lollipop. Dari segi kapasiti bateri, ia mempunyai bateri berkapasiti 2,750 mAh. Untuk kamera, ia mempunyai kamera utama 13 MP dari Sony dan kamera hadapan 8MP serta mempunyai slot dwi-sim. Telefon ini juga mempunyai badan berkilat dibelakang dan Corning Gorilla Glass 3 telah digunakan untuk bahagian belakang dan hadapan telefon ini.

[td]
Gionee Elife S7
Skrin5.2-inci 1920×1080
PemprosesMediaTek 1.7GHz Octa-core 64-bit
Memori2 GB RAM
Storan16 GB + TIADA mikro-SD
Kamera Utama / Depan13MP Sony / 8MP
Sistem OperasiAndroid Lollipop
Bateri2,750 mAh


kredit:www.amanz.my



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.045682 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list