Bermaz selaku pengedar rasmi Mazda di Malaysia telah mengesahkan yang mereka bakal membawa masuk model Mazda MX-5 terbaru CBU yang diimport dari Jepun. Model Mazda MX-5 ini dijangkakan bakal tiba di pasaran tempatan pada suku ketiga tahun ini. Bermaz mengatakan yang kereta roadster ini bakal dilengkapi dengan enjin 2.0-liter SkyActiv-G dan dipadankan dengan transmisi automatik. Tiada kata putus yang mengatakan sama ada model 1.5-liter SkyActiv-G bakal dibawa masuk atau tidak. Bermaz juga tidak memberikan pendedahan sepenuhnya tentang spesifikasi teknikal kereta Mazda MX-5 yang bakal diimport dari Jepun itu. Bagaimanapun, jangkaan nadi yang digunakan ini merupakan gabungan enjin 2.0-liter SkyActiv-G yang mampu menghemburkan 155HP dan juga transmisi automatik 6-kelajuan seperti mana spesifikasi yang pernah didedahkan oleh Mazda sebelum ini. Apa-apa pun, kita tunggu berita sepenuhnya apabila Bermaz membuat pendedahan sepenuhnya tentang model terbaru Mazda MX-5 ini tidak lama lagi. kredit:www.arenakereta.com
|