CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1819|Reply: 0

HTC One M9 Peranti Terhangat Di Pasaran

[Copy link]
Post time 18-3-2015 11:04 PM | Show all posts |Read mode
                                HTC tentu mengharapkan telefon pintar terbaharu mereka, HTC One M9 menjadi telefon pintar terhangat di pasaran, namun mungkin mereka tidak menjangkakan ia menjadi sehangat ini.


HTC One M9 Peranti Terhangat Di PasaranDalam satu ujian GFXBench yang dijalankan ke atas HTC One M9 dan beberapa lagi jenama telefon pintar lain, didapati telefon pintar HTC itu mencapai suhu permukaan 55.4 darjah celsius, iaitu satu rekod dalam suhu permukaan sebuah telefon pintar produksi dan memandangkan ia satu-satunya peranti yang merekodkan suhu ganjil di antara peranti-peranti lain yang diuji, boleh disimpulkan bahawa apa yang menyebabkan suhu tinggi itu tidak berada dalam telefon pintar yang lain.

Dengan kata lain, nampaknya khabar angin yang mengatakan pemproses Snapdragon 810 mempunyai kebarangkalian untuk mencatat suhu tinggi melampau adalah benar.

Qualcomm mendakwa mendakwa pemproses terbaharunya itu berfungsi pada suhu yan glebih rendah dari model sebelumnya, Snapdragon 801, namun mengaku bahawa masalah pemanasan lampaunya menyebabkan Samsung membatalkan niat untuk menggunakan pemproses tersebut pada Samsung Galaxy S6 dan sebaliknya bertukar kepada pemproses Exynos keluarannya.

Pada bulan Januari lepas, LG mengatakan pemproses itu adalah yang paling kurang mengalami suhu panas lampau memandangkan ia telahpun digunakan pada LG Flex 2 dan akan digunakan pada LG G4. Namun terdapat laporan bahawa pemproses itu akan mengurangkan prestasinya bagi tujuan mengekalkan suhu pada tahap yang rendah.

Walaupun, suhu 55.4 darjah Celsius belum mampu melecurkan tangan anda, jika dibandingkan dengan telefon pintar lain (dalam gambar di atas), perbezaan suhuny amat ketara.

Walaubagaimanapun, ujian ini dijalankan pada HTC One M9 yang mempunyai perisian pra-pelancaran, jadi mungkin itu yang menyebabkan suhunya menjadi tidak menentu.Lagipun, LG Flex 2 yang juga menggunakan pemproses Snapdragon 810 tidak menampakkan peningkatan suhu melampai seperti ini.

kredit:www.techkini.com

                               

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.463692 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list