View: 2068|Reply: 1
|
Cyanogen Bekerjasama Dengan BLU Untuk Hadir Dengan Peranti Bebas Google...
[Copy link]
|
|
Cyanogen sebelum ini telah mula mengumpulkan dana dan turut mengatakan ingin hadir dengan kedai aplikasi tersendiri, selain turut bercita-cita untuk hadir dengan variasi Android yang bebas daripada aplikasi Google. Perkara tersebut mungkin dicapai pada tahun ini dengan kerjasama mereka dengan BLU.
BLU merupakan salah satu jenama peranti bajet di Amerika Syarikat, dan mereka dilihat bekerjasama dengan Cyanogen untuk hadir dengan peranti seumpamanya. Sebagai ganti untuk aplikasi Google, beberapa alternatif dilihat, dan mungkin bekerjasama dengan beberapa pengeluar seperti Opera untuk pelayar web, Nokia untuk peta, Spotify untuk muzik, Microsoft untuk aplikasi pejabat, dan mungkin Amazon untuk aplikasi. Ia hanya diberikan sebagai contoh sahaja, dan masih tidak disahkan sepenuhnya buat masa ini.
Kami masih kurang pasti sama ada usaha Cyanogen untuk membebaskan Android daripada Google akan berjaya ataupun sebaliknya. Buat masa ini, usaha mereka ini dikritik ramai peminat Android seluruh dunia – dan berkemungkinan juga perkara ini akan memberi kesan kepada pembeli produk akhir kelak. Apatah lagi dengan lebih ramai yang menerbitkan aplikasi di Google Play Store dan bukannya kedai aplikasi alternatif di pasaran.
Sumber Rujukan: Phandroid
kredit:www.amanz.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|