oleh Mariam Mokhtar
[size=0.875]SEKILAS PANDANG: Jika Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sangat komited, tanpa henti dan dogmatik, dalam memburu suami yang ingkar membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak, sama seperti tindakan mereka ke atas pengurus kedai buku Borders, Nik Raina Nik Abdul Aziz.
[size=0.875]Jika Jawi mencari jalan untuk menghalang lelaki Melayu yang tidak setia menyeberangi sempadan, untuk mengahwini isteri kedua, ketiga atau keempat, sama seperti tindakan ke atas Nik Raina. Lelaki-lelaki ini berbuat demikian kerana isteri pertama mereka enggan membenarkan suami mereka berpoligami. Jawi menegaskan bahawa lelaki Melayu boleh menjalankan hak mereka untuk berpoligami, tetapi hanya sedikit yang melihat kepada peraturan mengahwini janda atau ibu tunggal.
[size=0.875]Jika Jawi benar-benar berdedikasi dalam menghalang perkahwinan kanak-kanak atau berkahwin dengan bawah umur, antara Muslim, seperti yang dilakukan ke atas Nik Raina. Pembuat keputusan di Jawi langsung tidak peduli tentang kehancuran hidup gadis muda ini.
[size=0.875]Jawi tidak bijak dalam memilih keutamaan mereka dan lebih mudah mengganggu Nik Raina kerana beliau adalah sasaran mudah. Jawi telah memburu beliau selama tiga tahun, dan walaupun dibebaskan, meneruskan penganiayaan, dengan memohon rayuan di mahkamah syariah.
[size=0.875]

[size=0.875]Adakah Jawi akan menahan pengurus ittu, jika beliau seorang bukan Muslim? Atau seorang lelaki? Adakah Jawi akan menghentikan penganiayaan jika buku itu ditulis oleh orang lain selain Irshad Manji, yang mana lesbianisme dihina oleh mereka di Jawi?
[size=0.875]Mereka yang berasakan penindasan tanpa henti ini adalah tentang agama, adalah salah. Dua elemen yang penting dalam kes ini adalah “mengawal” dan “air muka”.
[size=0.875]Jawi mahu membuatkan Nik Raina sebagai contoh kepada Muslim yang lain. Penindasan ini adalah tentang memanipulasi rakyat, menggunakan agama sebagai umpan.
[size=0.875]Sebab kedua Jawi tidak akan berputus asa untuk membuat penganiayaan tidak berasas ini adalah mereka akan berasa jatuh air muka dan dimalukan di mata orang Melayu dan orang Islam, dan orang Melayu yang berkuasa di Jawi obses dengan ego, kuasa, mengawal dan kuasa.
[size=0.875]Jawi gagal untuk sedar kesan daripada tindakannya. Menganggu Nik Raina adalah ibarat memberi peluru kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyerang Islam kerana melambangkan agama yang tiada belas kasihan dan memahami. Orang bukan Islam yang mempunyai minat untuk memeluk agama ini mungkin akan berfikir dua kali dek kerana sikap Jawi.
[size=0.875]Nik Raini adalah seorang pengurus kedai buku. Beliau tidak mengawal buku yang dijual di Borders. Beliau juga bukanlah editor buku.
[size=0.875]Pengharaman ke atas buku Manji masih belum diisytihar, pada waktu serbuan itu. Pengharaman itu dikuatkasa seminggu selepas serbuan. Kebodohan langsung tidak mengenal agama. Nik Raina telah dianiaya dengan tanpa henti, hanya kerana Jawi mahu menjaga air muka.
[size=0.875]Jawi langsung tidak membantu hubungan kaum di Malaysia. Perniagaan bukan Melayu akan mempertimbangkan penggajian orang Melayu sebagai berisiko. Pujian harus diberikan kepada Borders kerana menyokong Nik Rania pada ketika fasa hidupnya yang pastinya sedang trauma dan juga waktu sukar buat Borders.
[size=0.875]Jadi, di manakah mereka yang dipanggil pembela Islam? Adakah pelindung orang Melayu telah lenyap?
[size=0.875]Nik Raina, adalah seorang wanita Muslim yang tidak mampu mempertahankan diri yang diserang oleh institusi Islam. Jawi benar-benar ingin menunjukkan kuasa mereka, tetapi kesilapan mereka adalah, ianya telah mendedahkan kelemahan mereka. Tindakan mereka mirip kepada serangan ke atas hos BFM Aisyah Tajuddin, yang telah mengeluarkan video satira tentang hudud yang mendedahkan sisi buruk Muslim. Kedua-dua ini adalah tentang poitik - taktik untuk mengawal minda orang Melayu, yang menggunakan agama sebagai umpan.
[size=0.875]Jika Jawi tidak berdaya memutuskan pengharaman buku ini, jadi bagaimana Muslim konservatif berharap untuk melaksana hudud?