HTC One M8S diumumkan sekarang dan merupakan versi lebih mampu milik HTC One M8. Peranti ini mengekalkan bahan binaan aluminium serta fungsi duo kamera M8. Perbezaan ialah ia kini menggunakan pemproses Snapdragon 615 dan kamera 4 UltraPixel digantikan dengan kamera 13 Megapixel. Mari lihat perbandingan spesifikasi diantara One M8S dengan Samsung Galaxy A7 dan Oppo R5. Dua peranti ini dipilih kerana kedua-duanya menggunakan pemproses 64 Bit Snapdragon 615 yang setanding dengan M8S.