CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 2

Perlawanan untuk mengawal minda Melayu sedang berlangsung

[Copy link]
Post time 10-4-2015 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Perlawanan untuk mengawal minda Melayu sedang berlangsung


         


oleh Mariam Mokhtar
[size=0.875]PANDANGAN: Politik Malaysia secara asasnya adalah perlawanan untuk mendominasi pemikiran orang Melayu. Berbanding berbicara tentang hal-hal yang penting, dan membuat dasar yang dapat menambah baik kehidupan setiap rakyat, termasuk golongan minoriti, politik telah direndahkan kepada pertembungan antara Melayu progresif dan konservatif, terutama mereka di kawasan luar bandar.
[size=0.875]Walaupun Melayu di bandar memiliki akses internet dan media alternatif, mereka tiada sebarang sebab untuk melihat dari sisi yang berlainan daripada mereka di luar bandar. Mengapa tidak? Kehidupan mereka selesa, masih mampu bertahan walaupun sedikit sukar. Ada bumbung di atas kepala, dan makanan daripada pertubuhan amal jika perlu.
[size=0.875]Seperti yang pernah dikatakan seseorang, :Orang Melayu tidak akan mencari sisi pandang alternatif kerana tiada keperluan untuk itu. Berfikir terlalu banyak adalah tugas berat. Mereka lebih suka ada yang memberitahu apa yang perlu dibuat, dan memberikan nasihat kepadanya.”
[size=0.875]Orang yang sama itu juga mengingatkan, “Orang Melayu hanya akan bertindak selepas mereka sudah didesak sehingga hadnya, apabila mereka tiada apa lagi yang boleh dimakan, hidup tidak lagi senang. Mereka tidak menderita pada masa ini, jadi kenapa perlu peduli?
[size=0.875]“Hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan isu wanita tidak bermakna sangat buat mereka.”
[size=0.875]Masjid yang merupakan tempat agama turut menjadi tempat untuk merosakkan pemikiran Melayu. Ketika zaman Tunku dan dua Perdana Menteri yang menyusulnya, khutbah Jumaat digunakan untuk mengingatkan umat tentang masyarakat mereka dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan. Khutbah akan menyentuh soal remaja, sampah, dadah atau jenayah di kawasan mereka. Jemaah akan diminta untuk membantu.
[size=0.875]
[size=0.875]Hari ini, khutbah bersifat politik dan digunakan untuk mengembangkan sikap perkauman dan misogini. Khutbah tidak mengandungi semangat komuniti dan kedengaran seperti siaran parti politik. Di kawasan luar bandar, khutbah seumpama itu disokong pula oleh media arus perdana dan perbincangan kedai kopi. Sebaran mulut ke mulut adalah kaedah yang ampuh untuk menyebarkan propaganda kerajaan.
[size=0.875]Kerosakan yang dicetuskan khutbah Jumaat dicampur pula di rumah, melalui TV3. Drama “soap opera” menumpulkan fikiran, dan menyebabkan golongan perempuan terpaku di hadapan televisyen daripada pagi sampai malam. Umno Baru menyemai kejahilan.
[size=0.875]Penyokong Umno Baru gagal melihat yang parti mereka hari ini bukan lagi Umno pada era 1960-an dan 1970-an. Umno Baru di abad ke-21 seolah-olah membuat segala yang terdaya untuk kekal berkuasa. Ia cenderung untuk “membeli” jalannya ke hati orang ramai.
[size=0.875]Orang Melayu progresif yang menjadi majoriti senyap perlahan-lahan menyedari kerosakan dalam negara ini. Tindakan mereka diperhatikan oleh institusi agama, yang tidak ragu-ragu menggunakan liberalisme mereka sebagai alasan untuk melabel golongan sederhana sebagai murtad atau kafir.
[size=0.875]Arus kini sudah berubah dan semakin ramai orang Melayu yang mula bersuara. Mereka lebih banyak ke tempat asing, didedahkan dengan budaya lain, berpendidikan serta lebih terbuka. Dan lebih penting, golongan progresif ini sedar bahawa mereka tidak mahu anak-anak mereka mewarisi negara yang didominasi korupsi, perpecahan dan pemerintahan yang menekan. Negara kita hari ini bukanlah yang Malaysia yang dibayangkan ayah dan datuk kita.
[size=0.875]Jika Tengku Razaleigh ingin membuat perubahan yang sebenar-benarnya, beliau patut keluar daripada Umno Baru dan tunjukkan kepada orang Melayu, bagaimana untuk bertindak sebagai seorang yang berprinsip. Sudah berdekad beliau bersuara dari dalam parti, ia tidak membawa apa-apa perubahan kepada kepimpinan Umno Baru.
[size=0.875]Jika Tengku Razaleigh meninggalkan Umno Baru, beliau boleh menjadi pejuang yang lebih berwibawa untuk mengubah pemikiran Melayu dan seterusnya mengembalikan maruah mereka.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 10:39 PM | Show all posts
Taklah. Memang perangai orang melayu suka berpolitik. Yela, duit takde sangat, so hidup sentiasa nak ada kes, supaya dipandang penting. Geng-geng kelas pekerja, bila dah pencen, masjid lah medan terakhir untuk terus kekal dipandang penting oleh orang sekeliling.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 01:34 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Guna kuasa telepati...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.776380 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list