CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2526|Reply: 0

Cherokee Trailhawk - kini di Malaysia

[Copy link]
Post time 13-4-2015 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 13-4-2015 08:41 AM



BAGI penggemar kenderaan utiliti sukan (SUV), Land Rover adalah lambang prestij United Kingdom manakala Jeep mewakili Amerika Syarikat. Hakikatnya, kedua-dua jenama ini bukan lagi dimiliki anak tempatan.

Land Rover kini dimiliki konglomerat automotif India, Tata Motors dan Jeep pula oleh syarikat automotif multinasional, Fiat Chrysler Automobiles. Setelah beberapa ketika, Jeep dibawa masuk secara rasmi oleh Kumpulan DRB-Hicom akhir tahun lalu.

Jeep bukanlah jenama asing di negara ini, tidak sekurang-kurangnya kepada penulis. Ini kerana seorang sahabat ‘Sam Esso’ yang merupakan bekas penuntut universiti di AS, membawa pulang Jeep Cherokee XJ. Bagaimana dia dapat pemanduan sebelah kanan pun sudah tak ingat ceritanya.

Apa pun, Jeep Cherokee XJ tersebut meninggalkan ingatan berkekalan bahawa ia sebuah kereta yang besar, lasak dan ‘Sam Esso’ yang tebal ciri Amerikanya. Persepsi ini berulang kembali apabila memandu uji varian terbaharu Cherokee iaitu Trailhawk.
Destinasi pilihan dari Glenmarie di Shah Alam, menuju ke Tasik Bera di Pahang, kira-kira 200 kilometer jarak tetapi melalui semua jenis permukaan jalan. Berbukit-bukit di kawasan Gen-ting, lebuh raya lurus selepas Karak dan kawasan pekan Temerloh, laluan selorong sepanjang sungai sebelum masuk ke pekan Bera dan ak-hirnya, kawasan kelapa sawit Felda untuk sampai ke Tasik Bera.

Cherokee Trailhawk ini menggunakan enjin 2.4 liter Tigershark Multiair 2 empat-silinder yang mampu menghasilkan 174 hp pada 6,400 rpm dan kuasa kilas 229 Nm pada 3,900 rpm. Tidak mengecewakan kerana mengetahui perwatakan kereta ini lebih cenderung kepada off-road.
Ia dipadankan dengan transmisi automatik sembilan-kelajuan dan turut menampilkan Jeep Active Lock 4WD iaitu sistem yang mampu menukar pacuan dua dan empat-roda secara automatik bergantung pada keadaan jalan.

Sebenarnya, Cherokee yang di-bawa oleh Jeep Malaysia ini ada dua varian. Selain Trailhawk, satu lagi ialah Longitude. Dari segi rupanya tidak nampak perbezaan. SUV tahan lasak ini tampil dengan warna kelabu gelap pada bahagian jeriji, perumah cermin sisi, bampar dan roof rail. Lampu utama bi-xenon yang boleh dilaras sendiri, lampu pencahayaan siang LED, rim aloi bersaiz 17-inci yang diba-luti tayar 245/65 turut ditampilkan.

Memiliki ukuran 4,624 mm panjang, 1,904 mm lebar, 1,732 mm tinggi dan jarak roda 2,719 mm. Ia juga menawarkan ruang kargo berkapasiti 506 liter dan boleh dipertingkatkan lagi sekiranya tempat duduk belakang dilipat (60:40) menjadi 1,500 liter keseluruhan.

Pada bahagian dalamnya, Che-rokee ini dilengkapi dengan skrin sesentuh Uconnect 8.4 inci de-ngan fungsi navigasi, MP3 dan USB, tempat duduk balutan kulit upholstery bersama jahitan merah, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, zon berkembar penghawa dingin kawalan automatik, roda stereng balutan kulit, bumbung matahari dan tempat duduk pemandu yang boleh dilaras dengan lapan cara.

Selain itu, ia turut menampilkan Selec-Speed Control (sama seperti kawalan penurunan bukit) dan Selec-Terrain dengan lima pelarasan kawalan cengkaman termasuk mod Rock.

Untuk memantapkan lagi pengendaliannya, Cherokee disokong oleh suspensi topang MacPherson untuk bahagian hadapan dan mulit-link pada belakang. Bagi aspek ke-selamatan pula, ia ditampilkan de-ngan tujuh beg udara, ESC, Hill Start Assist dan Trailer Sway Control.

Ditawarkan tidak kurang daripada 10 warna termasuklah Brilliant Black Crystal Pearl, True Blue Pearl dan Bright White.

Diimport sepenuhnya dari US, Jeep Cherokee Longitude berharga RM348,889 dan Trailhawk pula RM338,889 (harga atas jalan tanpa insurans). Pembelian SUV ini turut ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).


Sumber : http://www.utusan.com.my/gaya-hi ... thash.DqlUPAfd.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.085155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list