CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1916|Reply: 0

Microsoft Memperkenalkan Lumia 540 Dengan Sokongan Dwi-SIM

[Copy link]
Post time 16-4-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 16-4-2015 10:43 AM

Nampaknya Microsoft cuba bersaing dengan lambakan peranti Android di pasaran melalui penawaran peranti mereka dengan pelbagai spesifikasi. Selepas memperkenalkan beberapa peranti baru pada Mobile World Congress yang lepas, hari ini Microsoft turut menambah portfolio peranti mereka dengan mengumumkan Lumia 540 dwi-SIM.
Lumia 540 ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dan dilengkapi paparan HD (1280×720 pixel). Selain daripada itu, Microsoft menggunakan cip Snapdragon 200 pada telefon mudah-alih ini, dan turut menggunakan memori 1GB RAM serta ruangan storan 8GB.
Untuk tujuan rakaman gambar, Microsoft menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan auto-fokus dan LED Flash, serta kamera hadapan 5-megapixel.
Peranti ini menggunakan Windows Phone 8.1, dan seperti beberapa peranti sebelum ini, Lumia 540 juga boleh dikemaskini kepada Windows 10. Tetapi berkemungkinan bukan semua fungsi yang boleh digunakan bersama-sama dengannya.
Fungsi lain seperti OneDrive, Microsoft Office dan Skype turut disertakan pada telefon pintar ini.
Lumia 540 Dwi-SIM membawakan harga $149 (~RM553) sebelum cukai, dan dijangka akan dipasarkan bermula bulan Mei kelak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040552 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list