Kadang-kala, mungkin ada sesetengah rakan-rakan yang silap menyebut nama kita, disebabkan berkemungkinan ejaan yang unik ataupun nama yang jarang didengar. Untuk mengatasi perkara ini, kini Facebook dilihat sedang memperkenalkan sebuah fungsi baru yang ingin memudahkan nama anda disebut dengan betul. Fungsi baru ini sedang diuji dalam kelompok yang kecil, dimana beberapa pengguna telah mendapat notifikasi untuk menambah cara sebutan yang betul untuk nama mereka pada profil. Melalui fungsi ini, apabila anda ingin menambah cara sebutan untuk nama, anda akan dipaparkan dengan sejumlah cara sebutan cadangan ataupun anda turut boleh menambah cara sebutan yang tersendiri. Dengan menambahnya, Facebook kelak akan memaparkan cara sebutan tersebut pada profil anda, dimana ia boleh dimainkan untuk didengar – dan mengelakkan cara nama anda disebut tidak lagi salah seperti sebelum-sebelum ini. Fungsi ini dikatakan sedang diuji secara berperingkat dan akan diperkenalkan terlebih dahulu kepada pengguna Facebook dengan pilihan bahasa “English (US)”. [size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: YAHOO! TECH
kredit:www.amanz.my
|