CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6028|Reply: 0

ZULFAHMI DUDUKI TEMPAT KE-20

[Copy link]
Post time 21-4-2015 09:15 AM | Show all posts |Read mode


Pelumba Drive M7 Sepang International Circuit (SIC), Zulfahmi Khairuddin menduduki tempat ke-20 di perlumbaaan motosikal Grand Prix Argentina, pada Ahad.
Zulfahmi yang mencatat masa 38 minit 56.265 saat bermula dengan baik pada tempat kelapan pada pusingan pembukaan.

Bagaimanapun, penunggang Malaysia itu melakukan kesilapan pada pusingan kedua, mengakibatkan beliau ketinggalan dan berhempas pulas mengejar kedudukan dari belakang untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-20.

"Hari ini saya mendapat permulaan terbaik dalam kerjaya saya ... dalam pusingan pertama saya tempat kelapan tetapi pada pusingan kedua saya melakukan kesilapan.  Saya terlebih guna brek belakang dan menyebabkan jentera terkeluar daripada litar dan banyak penunggang meninggalkan saya.

Apabila saya kembali saya mendapat tempat ke-20.  Ini bukanlah apa yang kami jangkakan atau apa yang kami mahu capai.  Kami akan terus bekerja seperti mana kami lakukan di sini dan saya akan tumpukan lebih perhatian kepada cara tunggangan saya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.      

Bagaimanapun, Zulfahmi berkata pasukannya telah mencapai sesuatu yang penting dengan jentera digunakan yang mana pasukan itu mampu bersaing dalam latihan bebas pertama dan beliau berharap prestasi sedemikian akan berterusan pada Grand Prix yang akan datang.  

Sementara itu, rakan sepasukannya Jakub Kornfeil dari Republik Czech mengutip lebih mata apabila dia melintasi garisan penamat di tempat ke-14 dengan catatan masa 38'38.265s dalam persaingan yang sengit.

Bermula dengan baik, Kornfeil cuba bertahan di tempat ketujuh tetapi kesilapan pada selekoh ke-12 menyebabkan beliau ketinggalan di kedudukan ke-15.

Cekal untuk memperbaiki kedudukannya, Kornfeil kembali mendapat rentak tetapi gagal merapatkan jurang dan melintasi garisan penamat pada tempat ke-14.

"Keseluruhan perlumbaan adalah sukar biarpun dalam tujuh pusingan pertama, apabila saya mengatasi setiap pelumba, mereka kembali memotong saya di laluan lurus. Kamu tidak boleh melakukan ini dalam keseluruhan perlumbaan kerana jika kamu lelakukan hanya satu kesilapan kecil, kamu akan kehilangan segalanya.

Ia sungguh mengecewakan ... saya tahu saya boleh bersaing untuk naik podium kerana saya lebih pantas pada permulaan perlumbaan.  Saya perlu melupakan perkara ini sekarang dan menumpukan kepada yang positif dan bekerja bersama pasukan untuk memastikan kami kembali kuat di Jerez," katanya.

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 1.224237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list