Edited by Nusantara77 at 29-4-2015 09:57 AM
Posto Express Membuka Pendaftaran Untuk Menjadi Posmen – Akan Dilancarkan Bulan Hadapan
Masihkah anda ingat akan acara Jomlaunch oleh Jomweb yang diadakan pada awal bulan ini? Sebanyak 18 startup telah mendemonstrasikan projek mereka dan salah satunya iaitu Posto Express kini telah membuka pendaftaran umum bagi pemilik kenderaan yang ingin menjadi posmen pada platform mereka.
Bagi anda yang tidak mengetahui akan Posto Express, ia merupakan satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk mencari posmen yang berhampiran untuk mengirimkan barang atau surat yang dikehendaki. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini, dan aplikasi ini akan menyenaraikan posmen yang berdaftar dengan Posto Express untuk melaksanakan tugas penghantaran barang yang dikehendaki. Menariknya Posto Express juga turut menyediakan peluang bagi pengguna untuk mendaftar sebagai posmen mereka, sekaligus melakukan penghantaran untuk pengguna umum.
Kini mereka sedang mencari pengguna yang berminat untuk mendaftar sebagai posmen dan permohonan dibuka untuk mereka yang berusia 21 tahun keatas, memiliki motosikal dan kenderaan lain serta mempunyai lesen memandu yang sah. Buat masa ini mereka hanya beroperasi di Lembah Klang namun akan meluaskan perkhidmatannya ke beberapa bandar lain dalam masa terdekat. Buat masa ini aplikasi ini tidak tersedia untuk dimuat-turun namun sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang posmen di Posto Express, anda boleh mendaftar diri anda di halaman mereka.
Daftar: Posmen Posto Express
kredit:www.amanz.my
|