CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5607|Reply: 8

Batu Bersurat Singapura

[Copy link]
Post time 6-6-2015 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pasarmalam at 6-6-2015 04:41 PM

Dengan kuasa Allah, pada suatu hari aku terjumpa semula buku Hikayat Abdullah olehAbdullah bin Abdul Kadiri Munshi (Munsyi Abdullah) di rumahku semasa mengemasrumah, terbitan Pustaka Antara tahun 1965.


Padamukasurat 195, aku terjumpa cerita di bawah :

“Makapada masa itu didapat orang di hujung tanjung itu ada sebuah batu berhampar dalamsemak-semak itu serta dengan licinnya, ada kira-kira sedepa lebarnya, empatpersegi, maka semuanya penuh dengan tulisan dipahat, akan tetapi sungguhpun adatulisannya itu, tidaklah dapat dibaca orang, kerana kerana sudah bekas hausdimakan air, entah beberapa ribu tahun, Allah yang tahu.”


Latarbelakang cerita ini ialah tokoh penjajah Stamford Raffles dan William Farquharsedang melaksanakan projek meluaskan kawasan di Singapura sekitar bulan Jun1819. Dalam masa 3-4 bulan, mereka berjaya meratakan sebuah bukit. Ketikaitulah dijumpai sebuah batu bersurat. Sebelum ini aku belum tahu pun tentangBatu Bersurat Singapura ini.


Antaramaklumat penting yang aku faham daripada petikan di atas tadi ialah lebar batuitu lebih kurang satu depa. Bentuknya empat persegi. Tulisannya sudah tidakboleh dibaca kerana hakisan alam.


Akuterfikir, mungkin usia batu ini adalah lebih lama berbanding Batu BersuratTerengganu. Hal ini kerana Batu Bersurat Terengganu (disiapkan pada 1303 M)yang tenggelam dalam banjir dan dijadikan batu lapik kaki yang dipijak-pijakorang untuk naik ke surau itu pun masih tertera dengan baik tulisannya. BahkanBatu Bersurat Muara Kanam, Kalimantan (abad ke-5 M), Kedukan Bukit, Palembang(683 M), Talang Tuwo, Palembang (684 M), Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M),Karang Brahi, Jambi (686 M) dan Gandasuli, Jawa (832 M) pun masih boleh dibacatulisannya. Tapi tak tahulah kalau air laut yang masin menjadikan hakisannyasebegitu pantas sehingga hilang tulisan padanya.


MunsyiAbdullah juga menyatakan agakan peribadinya tentang usia batu itu yang mungkinmencapai ribuan tahun. Hal ini memang menarik perhatianku. Manalah tahukan,mungkin batu bersurat itulah yang paling awal di Nusantara.


Seterusnyadalam Hikayat Abdullah diceritakan oleh pengarangnya bahawa ramai orang daripelbagai bangsa datang mengerumuni batu tersebut. Orang Hindu kata batu itubertulisan Hindu, orang China pula kata tulisan China, tapi masing-masing tidakdapat membaca tulisannya. Munsyi Abdullah pula melihatnya seakan-akan hurufArab.

Pelbagaikaedah digunakan oleh segala cerdik pandai untuk mengenal pasti jenis tulisandan membacanya tetapi tidak ada sesiapa pun yang berjaya.

AkhirnyaRaffles yang memang minat dan mahir dengan sejarah Nusantara itu berpendapattulisan itu ialah tulisan Hindu (mungkin dia maksudkan tulisan Sanskrit),dengan alasan : “Bangsa itulah bangsa yang tua daripada bangsa-bangsa yangtelah datang ke bawah angin ini.” Pandangan Raffles ini menunjukkan diajuga percaya bahawa Batu Bersurat Singapura ini sangat lama usianya, lebihdaripada batu-batu bersurat yang diketahui pada zaman itu di Nusantara ini.Namun sampai ke sudah, tidak ada sesiapa pun yang mampu mengenal apatah lagimembaca tulisan pada batu itu.


Masaberlalu, pada zaman Coleman jadi engineer di Singapura, dia telahmemecahkan batu itu, diletupkannya. Entah apa penyakitnya Si Coleman ini,sampaikan barang yang sangat berharga itu dimusnahkannya begitu sahaja. MunsyiAbdullah sangat menyesali perbuatan Coleman itu.


Hmmm…apa punya sawan Si Coleman ni? Mungkinkah dia khuatir kalau-kalau sesuaturahsia daripada batu itu terhurai pada kemudian hari? Ataupun rahsia pada batuitu sudah diketahui lalu mesti dikuburkan atas sebab-sebab tertentu? Ataupunboleh jadi juga dia terlalu stress kerana gagal menghuraikan batu itu lalu naiksyeikh dan menghancurkannya? Sebab-sebab lain? Entahlah. Wallahua’alam.


Perkaraini membuatkan aku pun menyelongkarlah koleksi buku-buku di rumahku dan merondake serata ruang maya internet.

Dalambuku Sejarah Melayu susunan Tun Sri Lanang, versi selenggaraan WG Shellabearterbitan Penerbit Fajar Bakti cetakan kedua 1977, ada sebuah cerita…….

“Makatitah Raja Suran pada hakim dan utas, “Hendaklah kamu sekalian perbuatkan akualamat tanda kita masuk ke dalam laut ini. Akan kehendak hatiku biarlah kekal perbuatanitu hingga hari kiamat, dan kamu suratkan segala hikayat kita masuk ke dalamlaut, supaya diketahui dan didengarnya oleh segala anak cucu kita yangkemudian.”

“Setelahsegala hakim dan utas mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh merekaitu suatu batu, maka disuratnya oleh mereka dengan bahasa Hindustan.”

Inilahkisah Raja Suran yang pernah menyerang dan menakluk Semenanjung Tanah Melayuapabila mengalahkan kerajaan Gangga Negara dan Ganggayu. Setelah tidak ada lagikerajaan yang mahu dilanggarnya, Raja Suran bercadang menyerang negara China.Muslihat Maharaja China berjaya membuatkan Raja Suran membatalkan rancangannya.Oleh kerana tidak ada apa lagi yang mahu dicapai di Nusantara ini, Raja Suranpun masuk ke suatu alam di dalam laut. Panjanglah ceritanya, baca sendirilah.  

Selepaskeluar dari dalam laut, Raja Suran memerintahkan agar dibuat batu bersurat yangmenceritakan tentang dirinya khususnya pengalamannya masuk ke alam di dalamlaut.

Berdasarkanmaklumat ini, tidak mustahil Batu Bersurat Singapura itulah batu bersurat RajaSuran! Jika benar, maksudnya batu itu sudah sangat lama kerana zaman Raja Suranini pun masih diperselisihkan orang. Kini serpihan kecil batu bersurat ini adadi Muzium Singapura.

Belumhabis lag! Dalam Sejarah Melayu terdapat pula kisah Badang, orang gagahSingapura. Suatu ketika Badang dicabar oleh orang gagah dari India. Merekaberlawan gusti. Badang menang.


Kemudian,di hadapan balairong ada sebuah batu yang dikatakan “terlalu besar”. Orang kuatIndia yang bernama Nadi Bijaya Pikrama itu mencabar Badang bertanding mengangkatbatu besar itu. Nadi Bijaya Pikrama berjaya mengangkat batu itu separas lututsahaja.  Badang pula?

“Makaoleh Badang diangkatnya batu itu lalu dilambungnya, dilontarkannya ke sungaiKuala Singapura; itulah batunya yang ada sekarang di hujung Tanjung Singapuraitu.”


Kitaimbas balik… para pekerja Raffles menemui batu bersurat di hujung tanjung diSingapura. Badang pula beberapa zaman sebelum itu melontarkan sebuah batu besarke hujung Tanjung Singapura. Ada kaitankah rasanya?

Tapi,kalau benar batu pada zaman Badang itu batu bersurat, apa hal pulalahpemerintah Singapura buang begitu sahaja batu yang berharga itu? Mungkinkahkerana mereka tidak perasan? Ataupun oleh kerana tidak tahu membaca tulisanSanskrit atau Hind, mereka fikir tak penting sangat maklumat pada batu itu?

Bolehjadi kedua-dua batu itu adalah batu yang sama, boleh jadi juga batu yangberlainan. Wallahua’alam. Yang pastinya, jangan kita habiskan banyak masa dalamhal-hal lagenda, mitos, mistik, hikayat dan yang sewaktu dengannya inisampaikan terabai urusan yang lebih penting iaitu dua ilmu jalan ke akhirat –ilmu mukasyafah dan ilmu mu’amalah. Utamakan yang lebih penting berbanding yangpenting-penting.  Jangan jadi sebaliknya.

Sekarangtibalah ke bahagian yang mungkin sangat ditunggu-tunggu oleh sebahagian orang.


Selepasbatu bersurat itu siap, Raja Suran melakukan hel berikut :
“Setelahsegala hakim dan utas mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh merekaitu suatu batu, maka disuratnya oleh mereka dengan bahasa Hindustan. Setelahsudah disurat mereka, maka oleh Raja Suran diambilnya beberapa harta emas danperak dan permata ratna mutu manikam dan segala mata benda yang ajaib-ajaib,maka ditaruhnya sama-sama batu surat itu.”

“Makatitah Raja Suran : “Pada akhir zaman kelak ada seorang raja daripada anakcucuku, ialah yang beroleh harta ini, dan raja itulah yang menaklukkan segalanegeri yang di bawah angin ini.”

Sudahditemuikah harta Raja Suran ini? Pencari harta karun atau geng tarik harta memangminat cerita-cerita macam ni, sampaikan makhluk-makhluk ghaib pun terlibatsekali. Agaknya ramai yang hendak mengaku anak cucu Raja Suran. Hollywood punboleh buat filem ni, ala-ala Indiana Jones ke, National Treasure ke.

Kesimpulannyapada aku… sesuatu yang sangat berharga sudah hilang, hilang yang tak akankembali lagi… kecualilah puak-puak penjajah Inggeris dah berjaya salin apa yangmereka mahu daripada batu itu dan dibawa pulang ke negera mereka dalam bentuktulisan di atas kertas, disembunyikan daripada pengetahuan dunia hinggasekarang. Maksudnya slalinan tulisan asal itu masih ada hari ini, sebagaimanaharapan Raja Suran agar ia kekal hingga kiamat. Yang lebih  penting ialah maklumatnya, bukan batunya. Takmustahil juga Raffles, Coleman dan yang sewaktu dengan mereka dah angkut habisharta-harta itu semua. Dan pelbagai lagilah andaian dan teori.

Setakatini sahajalah tulisanku yang sambil-sambil memenuhi masa rehatku.Wallahua’alam.

AbuZulfiqar
3 Jun2015

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2015/06/batu-bersurat-singapura.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2015 12:50 AM | Show all posts
Ingatkan Terengganu je ada batu macamni. Pedagang suka tulis apa yang diorang nak tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 03:44 AM | Show all posts
nak start tulis atas batu jugak lah..kot2 berguna masa2 akan dtg
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 01:32 PM | Show all posts
Nampak macam guna aksara Siddham je.



Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 09:42 PM | Show all posts
Bodoh betul penulis sejarah melayu yg reka dongeng raja suran tuh. Raja dari kaum lembik langgar tanah melayu kemudian masuk laut

Siapa percaya laagi la bangang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
BotakChinPeng replied at 7-6-2015 09:42 PM
Bodoh betul penulis sejarah melayu yg reka dongeng raja suran tuh. Raja dari kaum lembik langgar tan ...

Sebab tu Board ne namanya Mitos sis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2015 11:26 AM | Show all posts
BotakChinPeng replied at 7-6-2015 09:42 PM
Bodoh betul penulis sejarah melayu yg reka dongeng raja suran tuh. Raja dari kaum lembik langgar tan ...

itu bukan bodoh
itu kreatif dan berimanigasi tinggi


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:26 AM | Show all posts
br tau kt spore pun ade batu bersurat....tp cerita TT menarik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 10:19 PM | Show all posts
batu tu mungkin ribuan tahun. tapi tulisan tu mustahil ribuan tahun. munsyi abdullah main agak2 jer tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050285 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list