5 biji bawang merah ~ di mayang halus
3 ulas bawang putih ~ di mayang halus
1 Inc Halia ~ di mayang halus
3 sudu makan minyak sapi
1 inc kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi.
Tumis bahan tumis ( bahan B) hingga harum
Apabila telah harum masukkan rempah beriani
Masak hingga terbit minyak
Masukkan beras basmathi yang telah di cuci bersih dan di toskan sebentar.
Masukkan juga garam dan gula secukup rasa
Masukkan juga susu cair
Tanak nasi di dalam periuk nasi seperti biasa
Apabila telah masak, bolehlah di hidangkan.
Nasi jagung ini ita hidangkan bersama lauk ayam madu. Anak-anak ita memang suka lauk ayam macam ni.. lauk ala-ala ayam masak merah. Gandingan nya juga cukup serasi dan anak-anak pun suka.