CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: daiyannaila

Menumpang

[Copy link]
Post time 13-6-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I pon fobia nk BG adik or adik iPar duk sama.. Sb salunyer I yg byr bile double,dorg buat sepah n buat mcm UMAH sndri..

Lama2... Jgn hrp I nk offer dorg duk sekali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2015 02:22 PM | Show all posts
munchkin replied at 12-6-2015 01:50 PM
Ex colleague tu apply since 2004-2005. Sekrang duk menyewa rumah lain. So meaning dah 10 tahun. Di ...

Haaa.. Baca ni TT. So jangan gembira sangat ye even diaorang dah buat application. Maunya 10thn pon x dapat2 lagi rumah, takkan sepanjang 10tahun tu nak duduk serumah dengan korang lagi? Silala mintak diaorang cari rumah sewa lain sementara tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 02:13 AM | Show all posts
Edited by apech at 14-6-2015 02:14 AM

Sama macam kisah aku..tapi versi lain.

Abang ipar aku ni PJJ dgn bini dia. Anak baru sorang 5 taun. Diorang PJJ dari anak lahir sampai la 5 tahun. Masing-masing tak dapat tukar, maklum la dua2 keja gomen. Taun lepas tiba-tiba bini dia naik pangkat dapat tukar ke Selangor. Kena pindah tempat baru dalam masa 2 minggu gitu.

Suami tanya la, boleh ke abang dia tumpang sini sekejap sementara nak dapat approve kuarters. Aku pun masa tu tengah tanam anggur. Aku kata ok je.. So, tumpang la 3 beranak dekat rumah kitorang.

Masa tu, mmg la agak leceh sikit nak bab aurat apa semua. Privacy mmg out, kecuali dalam bilik. Dorang menumpang lebih 6 bulan. Memang akan ada sesi mengadu malam2 , tapi suami aku rilek je..dia cakap, biasa la tu adat org menumpang. Lain org lain perangai. Sabar je lah, bukan lama pun.

Dulu2 masa suami belajar, abang yang tu la duk tambah duit belanja keta rosak, beli buku, makan. Jadi sekarang la masa untuk balas balik. Aku pun redho je la.. Lagipun diorang bukan tak nak pindah, cuma tengah mencari lokasi yang sesuai. Aku pulak jadi baby sitter anak dorang sementara waktu maklum lah masa tu tengah tanam anggur.

Lebih kurang 6 bulan lepas tu, aku dapat keja...nak di jadikan cerita dekat apartment kitorang duduk ni ada kosong, so dorang pun pindah la.

Dalam hal ni, suami sangat2 memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan emosi selama 6 bulan. Kalau ikut kata setan durjana, lama dah bermasam muka. At the end, aku tak rasa terbeban pun..lebih kepada membalas budi abang ipar bagi pihak suami.  

* Cuma rasa kekok bila abang ipar dah balik kerja, suami n biras belum balik lagi. Dulu2, rasa kekok jugak...tapi tengok abang dia rilek je. Rupa2nya diorang adik beradik memang macam tu. Diorang anggap macam tak ada apa2 je. Kalau org tengok mesti pikir lain.

Mau tak lain, aku pernah balik kampung dengan abang ipar n anak2 dia je. Ajak teman pergi cari stok untuk niaga la apa la. Kalau org tengok macam.....emmm...sesuatu sangat. Tapi entah, tapi masih lagi jaga batas. Aurat mmg opkos litup kelubung.   
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 02:24 AM | Show all posts
Edited by apech at 14-6-2015 02:26 AM

Bukan abang yg tumpang tu je. Dengan semua abang ipar macam tu.
Diorang anggap aku ni macam adik diorang jugak kot..cuma tak sampai bertepuk tampar je.

Kalau nak bawak aku keluar pun, masih lagi diorang mintak izin dgn suami. Setakat ni, tak pernah lagi suami tak bagi.

Ada sekali tu, abang ipar no.2 tak sihat. Demam tak boleh bangun, call aku tanya ada pain killer tak? Mintak tolong hantar sb dia sakit tak boleh tahan sangat dah. Bini plak tak de masa tu, keluar. Suami ada kat rumah masa tu.

Suami tanya, dia nak apa? Aku cakap la dia nak pain killer, suruh hantar kat rumah. Suami cakap haa..yelah kejap lagi di hantar. Aku pun tanya la, kenapa dia tak call adik dia sendiri tanya. Tau apa suami aku jawab?

Memang macam tu orang lelaki. Ego. Takda maknanya dia nak call adik sendiri cakap nak ubat. Tapi dia tau adik dia jugak nanti yang akan hantar. Sama la macam suami aku jugak. Kalau sebelum ni masa aku balik kampung ke 4 5 hari...dia call la kakak ipar dia ada masak tak. Nak makan, lapar. Jemu makan kedai. Dorang ok je, masak je la nasi lebih. Tak de maknanya dia nak call abg dia cakap lapar nak makan nasik.

Baru aku paham...

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Saye tak bercakap dengan abang2 ipar dan kakak2 ipar saye..(kecuali hal penting). Bila bertentang mate saye senyum menyenyum je,dari dulu sampai sekarang.hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
daiyannaila replied at 10-6-2015 10:45 AM
Saya belum ada rezeki anak lagi. Mungkin dia pikir saya dan husband takde tanggungjawab dan dua2 b ...

tak suke betul gini
sbb umah kita tak ramai org
takde ank or sbgnya
org sedap2 nk gunakan alasan tu
nk tumpang umahlah
nk tumpang kereta lah
ermmmm
saya mmg paling tak suke lah bab org numpang duk umah saya
mende ni blh jd isu tuk bergaduh laki bini
saya blh org dtg umah dok smlm dua sbb jln2 ke apa
tp nk numpang terus sbb dpt kije area sini ke apa mmg sy tak suke
lg2 kalo ipo duai.
mula2 oklah nnt mula la ade isu gitu gini sampai masam muka
dahlah nnt blk kg nk hadap muka dorang gak
so better lah tinggal berasingan..
ini lebih baik
sama gak ngn mertua juga tak elok duk sekali nnt ade jelah yg tak puas ati gitu gini
jd biarlah tak dok sama2 jumpa sekali sekala lg ok.

lgpun sy pentingkan privasi, takkan nk borak ngn laki dlm umah sendiri kena sorok2..
nk menyeksi dan bermanja gedik ngn laki semua wat dlm bilik je
huh tak best langsung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2015 09:54 PM | Show all posts
tak elok kalau TT berduaan je ngan abang ipar masa suami takde.. mmg la TT takkan menerkam sebab TT perempuan lagipun TT tak selera kat dia.. tapi dia lelaki, lain sikit fungsi otak dan pemikiran kaum lelaki ni.. baik la suruh dia pindah atau TT aje lah pindah.. kenapa pulak laki bini tu kerja tapi tak mampu sewa rumah sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
salam tt, saya nk tnya prkembangan terbaru mslh awak ni, cmna...???
dh reti bhsa ke blm org yg menumpang tu?

sy mmg x suka jnis2 menumpang umah org tp x reti nk pindah...
sy rs dh byk forumer kt ats bg cad yg bernas, tt pilih la yg mn paling mberi impact yg kuat...
x sbr nk tgu kptsannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 09:15 AM | Show all posts
Kesiannnnnya ko tt...
aku yang baca pon naik stress....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 05:26 PM | Show all posts
so apa perkembangan? masih makan hati ke?

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kalau nak sound pun biar suami tt yg buat. Kalau tt yg sound nnti takut sentap pulak dh tak bertegur. Yela.. kalau adik beradik sentap2 pun last2 berbaik jugak. Kalau ipar faham2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 11:14 PM | Show all posts
daiyannaila replied at 11-6-2015 09:52 AM
Okay, dah cakap. And rupanya dia baru amik borang utk sewa rumah dbkl (flat ppr ke??). So anyone tau ...

baru amik borang? HAHAHH rumah PPR ni ikut queue chuols.. tau tak berapa ramai dalam waiting list? BERIBU2 ORANG. Dorang ada merit sistem, kalau orang tu betul2 perlu rumah markah akan naik dan lagi cepat dapat rumah. Selalunya akan dapat dulu warga emas, ibu tunggal, orang2 betul2 miskin, oku etc.

Kalau tak harapanla.. bertahun2 baru dapat rumah. Deposit pulak dalam 2k.

Berjanggut lah uols nak tunggu ipar uols tu dapat rumah PPR

husband u buat bodoh je ke? Tekankan pasal aurat la.. kalau tak, cuba uols menyeksi depan abang ipar tu tengok husband uols cakap apa. Uols kalau kena orang report ni boleh kena tangkap khalwat tau.. sebab duduk ada bukan muhrim.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 11:31 PM | Show all posts
Edited by elle_april at 6-7-2015 11:36 PM

aku dulu ada masalah macam ni jugak. masa tu aku bujang lagi, belajar kat u. Adik aku kawin awal, tapi dengan jantan biawak hidup. Reti buat anak je, anak pun mak aku yg tanggung. Pastu boleh pulak tinggal dengan family aku. Aku dah lah dah besar, suka menyeksi, memang pakai singlet dgn short je, kadang2 dalam rumah pakai bra je dalam rumah.. Tapi ada pulak adik ipar aku yg tak reti bahasa ni. Bangun pulak petang pukul 4. Kadang2 aku tertidur depan tv pakai seksi si biawak ni pulak lalu.

Bengang nak mampus.. sampai aku selalu gaduh dgn mak aku pasal ni.. Dah kahwin duduk la sendiri. Tapi mak aku kesiankan adik aku dgn cucu dia ni. Aku hari2 bertambah benci and terpaksa pendam sampai aku jadi someone yang sakit hati sgt3... aku tak paham langsung kenapa mak aku buat macam tu, kenapa mak aku back up adik ipar aku sampai tanggung dorang 3 beranak, as if tanggung aku 5 beradik ni masih tak cukup.

Bila aku dah nak kahwin baru dorang pindah tu pun lepas aku mengamuk macam orang gila. Bayangkan orang gaji aku masak, makanan habis dibalun tak tinggal orang belakang. Aku nak makan, takde makanan. Makan luar la jawabnya. Duit tabung adik aku kena songlap. Ada ke curi duit budak sekolah rendah?? Kawan2 datang rumah pun aku naik segan sebab biawak tu boleh terbongkang kat ruang tamu. Yang sakit hatinya 3 ekor ni tak nak tidur dalam bilik. Dorang sekelamin ni tidur ruang tamu tiap2 hari. Aku suruh adik lelaki aku bagi bilik dia kat dorang ni, dorang tak tidur situ pun! Nak jugak tidur kat ruang tamu.

Masa dorang awal2 kawin lagi lah, sekelamin ni tidur sekatil dgn parents aku dalam bilik dorang. Bayangkanlah! Sebab bilik parents aku besar, katil ada 2 tapi aku sendiri pun geli nak tidur ngn bapak aku, adik ipar aku ni boleh nak tidur sekatil dgn bapak aku ada sekali dalam tu? Nenek aku datang dari kampung tengok keadaan macam tu memang tak leh blah.

Aku takde hal dgn mak aku tapi aku akui selalu gaduh dgn mak aku pasal ni. Sampai aku pernah tak kerja sebab nak mak aku pun tanggung aku jgk macam dia tanggung adik ipar aku. Benda ni memang effect aku. Tak selesa kot.

Dah lebih 6 tahun jadi biawak hidup baru reti berambus dari rumah aku. Tu pun time tu aku dah nak kawin. Few month after aku kawin aku pun cari rumah sendiri sebab dah start bisnes sendiri. Tapi sekarang mak aku pun dah takde, haaa nasib lah biawak pun hilang tempat bergantung.

Sorry kalau ter off topic tapi iols memang anti gila dgn orang mcm ni. Dah ada family duk rumah sendiri lah. Ketua rumah pun kena la tegas sikit. Jangan penting kan diri, tapi pikir la jugak perasaan orang yang tinggal dalam rumah tu. Suami TT tak paham sebab bukan pompuan nak kena cover aurat semua tapi dia takleh amik remeh benda2 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 01:10 PM | Show all posts
Salam semua. Baru check thread ni balik

Thank you caring sangat masing2.

Alhamdulillah, masalah dh selesai.
Dorang dah keluar rmh awal bulan ritu menyewa kat rmh lain.

YAHHOOO!!



p/s: Selamat hari raya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.178186 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list