View: 2034|Reply: 0
|
Persediaan Kewangan Hadapi Hilang Upaya dan Sakit Kritikal
[Copy link]
|
|
Edited by easicircle at 12-6-2015 11:38 AM
Kesihatan tubuh badan adalah sesuatu anugerah yang paling berharga. Tanpa tubuh badan yang sihat anda tidak mampu bekerja dan mencari nafkah. Seperti yang anda sedia maklum kos rawatan dan kos pemulihan memerlukan sumber kewangan yang banyak.
Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan upaya, kematian, sakit kronik yang mengakibatkan anda kehilangan pekerjaan atau keluarga. Sudah pasti anda hilang punca pendapatan jika anda adalah satu-satunya tempat mereka bergantung.
Bagaimana dengan komitmen bulanan yang anda perlu tanggung? Pasti keadaan ini akan menyebabkan anda tertekan demi membayar tanggungan bulanan yang dahulunya mampu diselesaikan sewaktu anda bekerja
Namun beban kewangan yang perlu anda tanggung dapat dikurangkan jika anda terlebih dahulu membuat persediaan kewangan dalam menghadapi risiko yang tidak terduga.
Perlindungan insurans adalah persediaan kewangan yang sering dianggap bukan keperluan dan tidak penting, merupakan salah satu alat kewangan terbaik yang bakal membantu anda daripada sebarang kemungkinan.
Selain daripada melindungi diri, keluarga, insan tersayang dan harta benda anda. Kelebihan insurans juga adalah seperti berikut:
1. Bantuan kewangan disaat anda ditakdirkan hilang pekerjaan dan hilang upaya akibat kemalangan.
2. Pampasan yang diterima meringankan beban kewangan anda untuk membayar komitmen bulanan sepeti pinjaman perumahan/sewa, perbelanjaan harian, kos perubatan dan rawatan.
3. Menanggung bil hospital selama mana anda perlu mendapatkan rawatan akibat penyakit kronik atau kemalangan.
4. Meringankan beban kewangan keluarga anda jika anda sebagai pencari nafkah utama meninggal dunia atau tidak bekerja akibat hilang upaya. Pampasan yang diterima boleh digunakan mengurangkan beban kewangan menampung perbelanjaan demi meneruskan kehidupan.
Sudah pasti anda rasa bertanggungjawab terhadap keluarga dan inginkan ketenangan minda tanpa perlu terbeban memikirkan apa komitmen yang ditanggung, kos perubatan, dan pemulihan jika berlaku perkara tak diduga.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|