CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6145|Reply: 0

[Lain-Lain] 80 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus)

[Copy link]
Post time 24-6-2015 01:07 PM | Show all posts |Read mode
1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?
Tak batal
2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?
Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.
3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Sunat berhias diri pada hari raya.
4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?
Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.
5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?
Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.
6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?
Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.
7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?
Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.
8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.
Batal puasa.
9.Kalau menangis batal tak puasa?
Tak batal walaupun sebulan menangis.
10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?
Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.
11.Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?
Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.
12.Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?
Masjid.
13.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?
Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.
14.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?
Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.
15.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?
Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.
16.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?
Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.
17.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?
Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.
18.Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?
Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?
19.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?
Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.
20.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?
Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.
21.Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?
Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.
22.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?
Kena niat puasa ganti baru dikira.
23.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?
Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.
24.Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?
Harus dan dapat pahala.
25.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?
Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.
26.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?
Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.
27.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?
Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.
28.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.
Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.
29.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?
Paling sedikit 8 raka
at.
30.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?
Tak batal.
31.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?
Tak batal.
32.Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?
Qadha puasa sahaja.
33.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?
Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.
34.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?
Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.
35.Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?
Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.
36.Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?
Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.
37.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?
Tak batal melainkan ditelannya baru batal.
38.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?
Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.
39.Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?
Boleh buat.
40.Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?
Boleh.
41.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?
Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.
42.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?
Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..
43.Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?
Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.
44.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?
Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.
45.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?
Makruh.
46.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?
Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.
47.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?
tidak benar.
48.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?
Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.
49.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?
Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.
50.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?
Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.
51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?
Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.
52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?
Tempat kita bekerja.
53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?
Berbuka.
54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?
Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.
55.Korek telinga dengan putik kapa
s hingga ke gegendang telinga, makruh tak?
Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.
56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?
Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.
57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?
Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.
58.Terdetik hati untuk niat puasa lepas isyak, tetapi terlupa. Jadi ke tidak niat puasa itu?
Kalau ada dalam hati nak berniat puasa qadha lepas isyak dikira sah kerana niat nak berniat lepas isyak sudah terkandung di dalamnya nak puasa qadha esok. Dengan syarat masa niat itu sudah malam.
59.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?
Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.
60.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?
-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.
-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.
-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.
61.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?
Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.
62.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?
Batal telan kahak dari dalam tekak.
63.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?
Lebih banyak rakaat lebih afdhal.
64.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?
Kurma dan air.
65.Jika kita mandi wajib selepas subuh, bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?
Sah puasa dalam keadaan junub.
66.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?
Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.
67.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?
Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.
68.Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?
Jika 'tattoo'-nya dalam masa Islam dan menghalang sahnya wuduk dan mandi hadas, puasanya tidak diterima sebab solatnya tidak sah. Jika 'tattoo' itu dibuat dalam masa kafir, tak wajib buang dan sah solatnya.
69.Tahun ini kita kurang sebulan berpuasa, jadi hari raya pertama boleh tak puasa?
Perkataan yang mengatakan puasa 29 hari tak cukup itu bukan perkataan ulamak. Dalam Islam puasa Ramadhan berkisar antara 29 dan 30 hari.
70.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?
Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.
71.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?
Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.
72.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?
Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.
73.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?
Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi
SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.
74.Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?
Boleh dan wajib minta kebenaran ahli jawatankuasa masjid.
75.Kalau saya dari tanah air pukul 3 petang bertolak ke Jeddah sampai pukul 6 petang (waktu sana) sedangkan waktu Malaysia sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut berbuka puasa?
Wajib ikut waktu negeri mana kita berada.
76.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?
Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.
77.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?
Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.
78.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?
Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.
79.Kalau qadha puasa, kemudian berbuka bukan sebab uzur. Kena qadha ganda ke?
Tak ganda. Kena qadha semula.
80.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?
Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.
babab.net



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    2-12-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.189742 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list