View: 3219|Reply: 16
|
Kampung 1 buah pinggang
[Copy link]
|
|
Kathmandu: Kampung Hokse di pinggir bandar ini dikenali sebagai kampung buah pinggang kerana hampir semua penduduknya mempunyai hanya satu organ berkenaan.
Keadaan itu berlaku apabila hampir semua penduduk kampung itu yang miskin menjual buah pinggang mereka sebagai jalan untuk mendapatkan wang.
Kebanyakan penduduk menggunakan wang hasil menjual buah pinggang mereka untuk membeli tanah dan membina rumah.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Geeta, 37, berkata, dia dan suaminya dipujuk oleh anggota sindiket perdagangan organ untuk menjual buah pinggang mereka.
Katanya, anggota sindiket itu memberitahu, mereka boleh hidup normal dengan hanya satu buah pinggang.
“Kami melihat ramai penduduk kampung lain sihat dan masih hidup selepas menjual buah pinggang mereka.
“Kerana terdesak mencari wang untuk membina rumah, saya dan suami akhirnya bersetuju,” katanya.
Katanya, dia dan suaminya dibawa ke sebuah hospital di sempadan India untuk mengeluarkan buah pinggang mereka.
“Saya dan suami dibayar £2,600 (RM15,298) selepas buah pinggang kami dikeluarkan.
“Mereka memberitahu, organ kami itu akan diberikan kepada seorang pesakit buah pinggang,” katanya.
Menurutnya, dia menggunakan wang hasil menjual organ itu untuk membeli tanah dan membuat rumah.
Bagaimanapun, keluarga Geeta dan seluruh penduduk kampung itu kini terpaksa tinggal dalam khemah semula selepas gempa bumi kuat yang melanda Nepal pada April lalu memusnahkan kediaman mereka.
“Kami kini terpaksa mencari ikhtiar lain untuk mendapatkan wang bagi membina kediaman kami semula,” jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. terpaksa jual buah pinggang... |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak hidup...........
|
|
|
|
|
|
|
|
penah baca kokosen jual buah pinggan sb nk beli fon..
iphone rasanya.. sedih kan? beza antara keduanya. nk ikut kehendak dan nak ikut keperluan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya. nasib baik di malaysia ada br1m. tak payah jual buang pinggang semua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
aaa ngeri.....ngeri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah benda ni berlaku di malaysia...utk meneruskan hidup..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ish.. memang ada black market for this.
Tapi this is really bizzare ie sekampung buat gitu.
Depa ni tak bercucuk tanam ke pelihara ayam ke apa?
Ada satu je buah pinggang tak lah memendek kan hayat, semacam aeroplane switch off satu engine dan terbang dgn satu je. Tetapi if anything happened to the other kidney... jadilah semacam apa yang akan happen if aeroplane yang terbang dgn satu engine tadi lah |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 12-7-2015 02:04 PM
penah baca kokosen jual buah pinggan sb nk beli fon..
iphone rasanya.. sedih kan? beza antara k ...
Jual buah pinggang Sebab nak beli phone? Ni kes bongok kronik..apa yang nak di sedihkan... |
|
|
|
|
|
|
|
maksud iols diorg jual buah pinggang utk kelangsungan hidup.
yg kes satu lg kokosen jual buah pinggang sb nk beli fon.
mmg bangang abadi sb fon sanggup jual organ.
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang dah keluar iphone 6, tak nak jual lagi sebelah buah pinggang tu??
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian...now kampong dah ranap camner? nak kena jual lagi satu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
gamaknya dia nyesal sb dh jual buah pinggang lebih awal. myb dia patut bunuh diri sb kecewa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ishhh ishhh... Dah jual dapat duit beli tanah buat rumah... Hilang dlm gempa bumi... Kesian nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|