CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1879|Reply: 3

Menantu Mahu Katakan 6 Perkara Ini Kepada Mentua

[Copy link]
Post time 13-7-2015 04:51 PM | Show all posts |Read mode


Mahu rapat dengan mentua tetapi kebanyakan menantu 'tidak ngam'. Agaknya walau di wajah tersenyum manis, dalam hati masih ada duri yang tersusuk, siapa tahu?

Menantu perempuan selalunya sangat susah untuk ungkapkan pandangan walau hati tidak setuju tentang sesuatu yang dilakukan mentua. Takut dan rasa hormat seringkali dijadikan alasan yang akhirnya akan mempengaruhi suasana di dalam keluarga tersebut.

Kalau mampu meluah, pasti kata-kata ini selalu akan muncul dalam kepala seorang menantu...


1. "SAYA JUGA TAHU CARA DIDIK ANAK..."Cara menjaga anak selalu berbeza. Ya, ibu marah anak kerana mahu mendisiplinkan si kecil, tetapi mentua pula akan muncul sebagai 'hakim' dengan menegur perbuatan yang dilakukan menantu pada si anak salah depan anak-anak. Alahai... mesti wujud sedikit rasa kekok dalam diri, bukan? Timbul pula isu bandingkan cara mentua jaga anak dulu bukan seperti menantu buat.


2. "JANGANLAH TIBA-TIBA DATANG MENGEJUT KE RUMAH..."Menantu mungkin rasa terganggu dengan kehadiran mertua secara tiba-tiba ke rumah kerana belum sempat kemas dan masak. Takut juga tiba-tiba rumah berselerak, mentua fikir menantunya pemalas. Dalam kes ini si suami boleh jernihkan keadaan dengan meminta si ibu agar menghubungi sebelum datang atas alasan risau tiada di rumah. Senang, bukan?



3. "JANGAN TEGUR CARA KEMAS RUMAH..."Kadang mak mentua datang rumah, perabot yang ada dialihkan. Baju yang belum sidai, mak mentua dah selesaikan. Anda mesti rasa terkilan. Sebenarnya ibu mertua berniat mahu membantu, tetapi anda sendiri fikir negatif merasakan gagal menguruskan rumah. Tetapi sesekali kalau mentua tolong buat, apa salahnya.


4. "JANGAN BANDINGKAN SAYA DENGAN PEREMPUAN LAIN..."Ada juga mentua yang bersikap dingin dengan menantu hanya disebabkan layanan menantu tidak begitu sempurna pada suami anda. Wajarlah jika anda tak suka dibanding dengan perempuan yang pernah hadir dalam hidup suami. Nak-nak pula bekas tunang atau isteri, konon pandai masak menu kegemarannya atau apa sahaja yang berkait. Tetapi jika anda yakin dengan cinta suami, abaikan apa yang didengar.


5. "JANGAN TIMBULKAN ISU IBU BEKERJA TIADA MASA UNTUK ANAK DAN SUAMI..." Sesetengah mentua lebih suka jika menantunya jadi suri rumah uruskan hal anak dan cucu dengan sempurna. Tetapi mungkin kewangan kurang mencukupi, jadi anda terpaksa bekerja. Jangan melawan apa yang mentua buat, cuba kongsikan rasa dengan suami untuk jelaskan keadaan.



6. "JANGAN BUAT SUAMIKU MACAM ANAK KECIL..."Anda mungkin cemburu melihat ibu mertua anda selalu masak makanan kegemaran untuk suami. Baru niat nak buatkan air, tengok-tengok semua sudah terhidang di atas meja. Hmmm... Kadang rasa seolah-olah mentua ambil alih tugas di rumah hanya kerana anda bekerja. Sebenarnya anda boleh fikir positif, ibu mestilah sayangkan anak. Bukan mahu 'merampas' tugas anda sebagai isteri, mungkin nak membantu apa yang mampu.



Wanita-wanita, adakah betul anda ingin sangat meluah dan berkata seperti itu kepada mentua? Nampaknya suami juga perlu tahu apa yang terbuku di hati seorang wanita sebagai menantu. Untuk elak keadaan jadi lebih keruh, seeloknya suami kena pandai ambil peranan jaga dua hati insan tersayang. Kena pandai tutup kekurangan dan kena bijak cari alasan demi damaikan suasana dalam rumah tangga.
mingguan wanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 05:48 PM | Show all posts
syukur MIL aku tak seperti di atas. thanks mam!

teguran dari MIL adalah seperti teguran seorang ibu. perbaiki diri and be the best!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 06:23 PM | Show all posts
anyway, MIL i punya MIL (spouse punya nenek) pun treat dia semua menantu dia secara baik. tak banyak bercakap. ngumpat zero! so MIL i pun baik juga. heheheh

semua treat menantu seperti anak anak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 08:27 PM | Show all posts
Mil I no 4
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049600 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list