CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 2

Petua Yang Patut Kita Tahu

[Copy link]
Post time 13-7-2015 05:00 PM | Show all posts |Read mode
1. Supaya sotong tak berair bila dimasak

-kalau nak masak sotong nak buat sambal ke ape tapi takmo dia berair-air caranya ialah dengan merebus seketika tak perlu lama-lama sekejap je dalam seminit kot gitu dalam air panas yang mendidih lepas tu toskan sotong tadi yang separuh masak tu..makanan laut ni tak sesuai di masak lelama nanti liat cam tayar so bile nak buat sambal ke ape pastikan sotong tu dimasukkan last sekali sebelum api dapur di padamkan.

2. Kuah tomyam yang sedap

-sebelum nak masak tomyam seeloknya kulit udang,tulang ayam dan juga sisa sayuran yang kita potong tu direbus dulu kira macam buat stok la.lepas tu gunakan stok tu untuk dibuat kuah tomyam so rasanya lebih sedap huhu..

3. Susu cair dan pekat tahan lebih lama

-setiap makanan dalam tin kalau dah dibuka ada baiknya tukarkannya ke dalam bekas lain yang bertutup kemudian barulah disimpan didalam peti sejuk.jika disimpan camtu je dengan tin yang dah terbuka ia akan bertindak dengan udara maka lebih cepat rosak..labelkan nama dan juga tarikh luput supaya mudah untuk kite kenalpasti.

4. Mengelakkan makanan sejuk beku meletup bila dimasak


Sebaiknya keluarkan dulu makanan sejuk beku itu dari peti ais kemudian biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum menggorengnya.kalau takmau ayam atau udang ke meletup-letup memercikkan minyak ketika digoreng boleh dilapkan dulu dengan tuala atau tisu dapur.




5. Atasi sinki tersumbat


Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

*kena cuba ni sebab sinki kat rumah ni senang sangat tersumbat. Selalunya saya curah air panas je tanpa letak garam kasar. Baru tahu ni...


6. Jimat Gas Ketika Masak Bubur

Rendam beras yang hendak dimasak selama 30 minit sebelum dimasak. Selain dapat menjimatkan menjimatkan penggunaan gas, ia akan mempercepatkan proses memasak bubur selain bubur lebih empuk.

*bolehlah masak bubur nasi dengan lebih mudah tanpa menunggu lebih lama lepas ni...


7. Khasiat Air Beras

Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.


*MIL saya memang selalu buat... saya? tak buat sebab tak rajin nak tanam pokok pun.. hehe




8. Membasuh Buah-buahan


Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.


*yang ini pun sama... MIL selalu pesan mesti basuh buah2an atau sayur2an dengan air garam dulu.




9. Bawang Kopek Tahan Lama


Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.


*saya rajin kopek bawang masuk dalam peti sejuk sebab kalau bawang kat luar lama2 boleh jadi busuk tanpa disedari.


petuadapur



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2015 03:50 PM | Show all posts
Info yang baguih
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 09:20 PM | Show all posts
mmg selalu masak sambal sotong..tp mesti mcm berair jer..rupe2nya kene rebus dulu yer sotong tu sekejap..baru den tau..huhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.094105 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list