CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5465|Reply: 12

6 Tips Berkesan Bagaimana Untuk Mengekalkan Hubungan Baik Dengan Kawan

[Copy link]
Post time 23-7-2015 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai  orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau  kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
  • tempat kita meluah perasaan
  • teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
  • boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
  • boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
  • dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik  dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan  hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.

  • 1. Sebarkanlah salam
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak  berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam  itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa  kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”
”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud)
  • 2. Kenali perangai kawan anda
Bak kata pepatah Melayu ;
”Tak kenal, maka tak cinta”.
Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah  anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa  kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan  mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan  pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti  mereka.
  • 3. Menjadi pembela kepada kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda  kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita  keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya  dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda  kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.
  • 4. Saling memaafkan
Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham  antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia  biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan  mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia  sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan  hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk  minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.
  • 5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada  kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita  tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak  mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan  sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.
  • 6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah  nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam  mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda.  Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa  baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.


InsyaAllah, saya yakin, sekiranya anda amalkan 6 tips di atas tu, pastinya hubungan baik anda dengan kawan akan dapat dikekalkan.
Kongsikan artikel ini dengan semua kawan-kawan anda supaya mereka juga memahami perkara ini. Dan seterusnya menjaga hubungan baik dengan anda sebagai kawan mereka.
Saya doakan semoga hubungan persahabatan anda berkekalan dan sentiasa mesra. Aamiinn.


pakarhowto
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tq krn share tips di atas.... kdg2 kite dlm b'kawan tp kite xknl peribadi kwn kite, xpnh tau mslh kwn kite tu, bile b'selisih phm je trs bwk diri....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:31 PM | Show all posts
saya cuba untuk menjadi kawan yang terbaik tapi sayang seribu kali sayang, diri ini masih lagi disalah erti.............
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:04 PM | Show all posts
eileen80 replied at 28-7-2015 12:24 AM
tq krn share tips di atas.... kdg2 kite dlm b'kawan tp kite xknl peribadi kwn kite, xpnh tau mslh kw ...

itu okay lagi...ada yang tahu kita tak sihat, terus angkat kaki...

btw...bagus tip2 di atas mmg berkesan...InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:12 PM | Show all posts
tatirania replied at 28-7-2015 09:31 PM
saya cuba untuk menjadi kawan yang terbaik tapi sayang seribu kali sayang, diri ini masih lagi disal ...

xpe, tatirania...
trskan usaha utk jd kwn yg t'baik tanpa m'hrpkan blsn.
in shaa Allah, kebaikan awak akan dibalas dgn blsn yg xdisangka kelak.
mane tau awak bakal m'dpt kwn baru yg lbh hargai awak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:15 PM | Show all posts
BlueEagle replied at 29-7-2015 02:04 PM
itu okay lagi...ada yang tahu kita tak sihat, terus angkat kaki...

btw...bagus tip2 di atas mmg ...

xptt kwn yg mcm tu.
kwn yg baik akan ade di sisi kite.
xkire sakit @ sihat, ssh @ sng...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 02:20 PM | Show all posts
eileen80 replied at 29-7-2015 02:15 PM
xptt kwn yg mcm tu.
kwn yg baik akan ade di sisi kite.
xkire sakit @ sihat, ssh @ sng...

ada kawan mcm tu tapi ada juga yg tetap bersama walaupun kita susah/sakit...alhamdulillah...

semoga kita pun akan jadi kawan/sahabat yang baik untuk kawan/sahabat kita yang baik...InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:31 PM | Show all posts
BlueEagle replied at 29-7-2015 02:20 PM
ada kawan mcm tu tapi ada juga yg tetap bersama walaupun kita susah/sakit...alhamdulillah...

...

kan...
in shaa Allah...
sentiasa b'doa semoga hati sy selalu berasa kasih kpd kwn2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 05:06 PM | Show all posts
eileen80 replied at 28-7-2015 12:24 AM
tq krn share tips di atas.... kdg2 kite dlm b'kawan tp kite xknl peribadi kwn kite, xpnh tau mslh kw ...

dulu i mcm ni..slalu bawa diri bila selisih paham tp skng slowly nak berubah lebih relax dan lebih empati
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 08:19 AM | Show all posts
samperit replied at 6-8-2015 05:06 PM
dulu i mcm ni..slalu bawa diri bila selisih paham tp skng slowly nak berubah lebih relax dan lebih ...

sy plak xde lah merajok @ bwk diri.
besenye kami settlekan dlm ari tu jgk jika ade mslh.
alhamdulillah, persahabatan sy dgn bff ade yg tlh b'usia 29thn (1 org), 20 thn (6org) & 15thn (5 org).
slbhnye hny kwn2 bese je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 07:29 PM | Show all posts
eileen80 replied at 6-8-2015 03:19 PM
sy plak xde lah merajok @ bwk diri.
besenye kami settlekan dlm ari tu jgk jika ade mslh.
alhamdu ...

bestnya ramai bff...mcm mn u blh bkwn lama sgt mcm tu? i nk maintain pun ssh...pemalu pun ye jgk
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
samperit replied at 7-8-2015 07:29 PM
bestnya ramai bff...mcm mn u blh bkwn lama sgt mcm tu? i nk maintain pun ssh...pemalu pun ye jgk : ...

resepinye?
ikhlas, saling menerima segala kekurangan yg ade, jd pendengar & penasihat yg baik, jgn tikam blkg...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 09:27 PM | Show all posts
eileen80 replied at 7-8-2015 03:55 AM
resepinye?
ikhlas, saling menerima segala kekurangan yg ade, jd pendengar & penasihat yg baik, jg ...

InshaAllah akan dicoba...hehehe..tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 1.664154 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list