View: 1886|Reply: 3
|
Tanda-Tanda Cinta Palsu
[Copy link]
|
|
Jika ketika ini anda sedang di lamun cinta pastikan ianya bukan cinta palsu atau cinta yang dibuat-buat. Terdapat 4 tanda-tanda yang harus anda perhalusi sebelum menghulurkan sebagai ikatan untuk fasa yang seterusnya.
4 Tanda-tanda tersebut seperti berikut:-
1. Sering mengungkapkan "Aku hanya ingin bersamamu sampai akhir hayatku" sedangkan disaat tersebut si dia jauh dari depan mata anda. Anda harus berwaspada kerana apa sahaja boleh berlaku tatkala si dia tiada di samping anda mungkin akan ada beberapa perkara yang telah atau sedang berlaku iaitu mungkin ketika si dia melafazkan kata-kata tersebut si dia sedang bermadu asmara dengan kekasih hati yang lain. Ianya bertujuan supaya anda tidak mengganggunya.
2.Janji Tidak Ditunaikan
Jika berlaku seperti kata orang " buat janji untuk berjumpa tetapi last minute asyik cancel" ini bererti si dia belum pasti kedudukan anda yang sebenarnya.
3. Kuat berangan-angan
Si dia sering berangan-angan untuk memiliki anda, sekali dengar memang amat membahagiakan tetapi apabila anda sering mendengarnya malah setiap kali berjumpa angan-angan tersebut tetap juga disitu tanpa ada apa-apa perubahan. Ini bermakna anda hanya tempat untuk si dia mempermainkan perasaannya.
4.Tidak fokus
Perwatakannya agak malu-malu untuk menunjukkan kasih sayang kepada anda seperti teragak-agak untuk meminpin tangan anda kerana si dia takut perbuatannya akan di lihat oleh orang lain.
http://noveltulisanku.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Agree... |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta..apa itu cinta... ia hanya sekadar perkataan yg amat sukar utk diperjelaskn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih bila 1 pihak cinta tulus hati... bertemu pulak dgn cinta yang palsu.. apa pun semua ni dugaan.. Allah mnguji... huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|