View: 1436|Reply: 1
|
Bagaimana Cara Menolak Cinta Yang Tidak Diundang
[Copy link]
|
|
Apabila rakan anda yang anda anggap sebagai rakan biasa ataupun kenalan rapat menyatakan perasaan cinta kepada anda sedangkan anda tidak menyintainya boleh menimbulkan masalah kepada anda. Bukan mudah bagi menolak cinta seseorang dan anda pasti pening memikirkan bagaimana ingin menolak cintanya tanpa melukakan hatinya. Cinta tidak boleh dipaksa jadi anda boleh gunakan panduan Bagaimana Cara Menolak Cinta di bawah bagi membantu anda menolak cinta yang tidak diundang ini.
Bagaimana Cara Menolak Cinta Yang Tidak Diundang # 1 Berterus TerangSekiranya anda dapati rakan anda baik semacam terhadap anda seperti sanggup menghantar dan mengambil anda ke tempat kerja dan anda hanya menganggapnya rakan biasa, maka anda hendaklah berterus terang bahawa anda tidak menganggapnya lebih dari kawan biasa.
# 2 Bercakap Benar
Sesiapa sahaja yang meluahkan rasa cinta terhadap anda namun anda tiada perasaan kepadanya kami nasihatkan agar bercakap benar bahawa anda hanya ingin berkawan sahaja.
# 3 Tipu
Katakan padanya anda telah mempunyai kekasih hati dan anda setia kepada kekasih hati anda walaupun anda tidak mempunyai kekasih.
# 3 Menakutkannya
Katakan bahawa anda sudah mula rimas atau menyampah dengan gangguan sms ataupun telefon darinya. Katakan bahawa sekiranya rakan anda itu mendesak anda menerima cintanya maka anda akan menjauhkan diri terus daripadanya.
# 4 Bertegas
Sekiranya peminat anda itu tetap menganggu anda katakan dengan tegas bahawa anda benar-benar tidak suka kepadanya dan perbuatan mahupun tindakannya menganggu hidup anda.
# 5 Elakkan atau menjauhkan diri
Elakkan diri anda daripada bertemu atau terserempak dengannya. Dengan cara ini dapat menjelaskan kepadanya bahawa anda tidak boleh menerima cintanya.
# 6 Bahasakan
Sekiranya tetap degil anda boleh memarahinya ataupun menjerit kepadanya bahawa anda tidak suka padanya. Tentu dia akan berasa malu dan tidak akan menganggu anda.
# 7 Abaikan
Setelah anda memberitahu perasaan anda kepada peminat anda itu namun die masih berdegil menganggu anda maka anda bolehlah mengabaikan sms, telefon mahupun mesej darinya. Sekiranya anda membalas msj, telefon dan sebagainya maka anda seolah-olah memberi harapan kepadanya dan ini akan melukakannya lebih teruk lagi.
bagaimana.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Beritahu kat dia hidung x mancung pipi tersorong-sorong. Tak malu ka?
Tak delah... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|