Kita saling bergantung Tanpamu aku tidak sempurna Tanpamu aku serba tidak kena Hanya resah gelisah mengira waktu Jika dapati engkau tiada disisi
Awalnya indah seperti mimpi Semuanya sempurna tiada cela Dihujung akhirnya ngeri yang menemani Tiada lagi erat dalam hubungan Hanya aku sedari sia – sia yang menanti
Kiranya aku yang merasa Bebanan siksa mengharapkanmu Putuskan aku agar aku bebas Namun kiranya engkau masih lagi cinta Seperti apa yang aku rasa Kembalikan semula Segalanya seperti biasa
Meskipun takdir mendahului kemahuan Tiada apa yang perlu dipertahankan Kerana hati setiap kita Tiada lagi rasa cinta Baki tertinggal hanyalah Putus sahaja
|