CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3598|Reply: 2

Antara Sebab Kenapa Mayat firaun Masih Terpelihara

[Copy link]
Post time 13-8-2015 12:24 PM | Show all posts |Read mode


Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden  Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari  dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun  yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam  dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang  melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu  dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.



Malah  ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan  keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis  yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.  Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi  Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya  oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh  doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille  seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque  pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada  tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.  Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr.  Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar  Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun,  mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik  penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata,  hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam  yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar  bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya  segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia  supaya jasad itu kekal awet.

Namun  penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.  Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik  berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada  laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya  sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut  dan kaedah pengawetannya.

Laporan  tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian  Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).  Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan  tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam  Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada  Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL  QURAN.

Namun  seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan  ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana  sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang  mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata  itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat  mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin  dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan  dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr.  Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa  al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun  meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya  diselamatkan.

Beliau  semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima  oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.  Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun  sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang  terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana  al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari  hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini  adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal  Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa  dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara  hatinya sendirian.

Lalu  beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan  Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi  tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab  Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu  hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak  dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan  berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang  berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan  diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan  Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut  langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun  selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.




Apabila  mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan  kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu  dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun  sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan  seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus  bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr.  Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan  badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang  datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari  tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini,  hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui  kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu  inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh  lagi.

Lalu  dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan,  beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya  aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau  mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke  Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya  menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini  telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The  Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the  Light of Modern Knowledge.



Melalui  buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya  Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari  dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains  dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana  dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi  tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran  yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam  semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau  memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam  Allah.

.  Subhanaallah

Trisanin




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 04:54 PM | Show all posts
macam pernah baca ini cerita
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 11:59 AM | Show all posts
Mmg dah banyak kali berulang....

Cuma part garam tu aku sangsi jadi punca pasal garam mmg bahan digunakan dalam proses mumifikasi.....ada sebab lain kenapa Dr. Bucaille mamemluk Islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.211149 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list