CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3384|Reply: 17

KEHIDUPAN

[Copy link]
Post time 20-8-2015 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Ini kisah yang berlaku dekat aku, kisah yang aku dengar dan kisah kisah untuk hampa dengar HAHA

KISAH DIA

Dia yang bernama Hana,

Hana pelajar baru yang berpindah dari Perak ke Selangor. Tubuhnya kecil macam berumur 7 tahun sedangkan sudah tingkatan 5. Hana ada penyakit buah pinggang tak salah aku. Dia seorang yang lemah semangat, aku tak tahu kenapa tapi dia akan pengsan setiap kali pergi ke tiolet. Hana tak boleh ke mana mana berseorangan. Mesti kena ada yang teman kerana selalau pengsan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2015 11:52 AM | Show all posts
KISAH DIA II

Setiap kali waktu agama, kami akan dibahagikan class kepada dua dan campur dengan class yang lain sebab ada pelajar moral yang ambil subject moral.
Class asal kami di hadapan dekat dengan pejabat sekolah dan tingkat atas sekali. Pejabat sekolah bawah satu tingkat dari class kami,
nak dijadikan cerita, aku yang tak berapa berani ni ditugaskan kena teman hana ke toilet. Tapi alhamdulillah tak jadi apa apa lah. Dia rapat jugak dengan aku , apa apa yang dia tak faham dia tanya aku dan apa apa cerita pasal dia yang remeh yg boleh odia cerita dia cerita. Tempat duduk hana dalam class ditengah antara dua pelajar lain shira dan zaza. Masa sedang tulis nota, hana diam dan mendengus shira yang ketakutan diam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 11:57 AM | Show all posts
Tak lama kemudian, hana bagi kertas yang diconteng kepada shira. menggigel shira bila baca kandungan kertas tu seperti perbualan hana dengan "benda" tu.
kandungan kertas

hana : kau sapa
benda : aku kawan kau
hana : aku tanak kawan dengan kau // sekali dengan lukisan gambaran "benda" tu

shira menangis sambil bawak kertas jumpa dengan cikgu. dan dengan tiba tiba hana jatuh dari kerusi dan seperti ditarik melambung lambung dalam kelas. habis bersepah kerusi meja jatuh dilanggar hana. Hana menjerit kesakitan sambil menangis. Aku? aku lari pergi class sebelah berlari mintak bantuan kononnya, padahal nak ponteng sama hahah. Tapi dengan perasaan takut aku ambil buku yassin dan kami baca ramai ramai di class sebelah. Sambil kami baca dengar dua suara dari hana. satu suara meminta tolong kesakitan satu suara yang gelak sekuat kuatnya. Tapi tolonglah percaya hana bergerak tanpa berjalan ke depan , kebelakang class. sangat laju sambil badannya terhantuk kena meja dan kerusi. dia yang kecik dipegang oleh ramai orang masih kuat. kuasa apa aku tak pasti tapi sangat kuat.

Selepas selesai semua, yang perempuan ditugaskan angkat hana bawak ke pejabat, aku salah sorangnya dan aku pegang hana bahagian kepala. Hana tak sedarkan diri, kami berlima angkat hana yang badan kecil seperti budak 7 tahun tapi beratnya yaAllah mcm angkat peti sejuk. Masa turun tangga aku pandang muka hana dan tiba tiba matanya terbeliak terus pandang ke arah aku. Aku terkejut nasib tak lepaskan. Dia terus pandang aku sampai ke pejabat dan sampai aku keluar dari bilik tu. sampai sekarang aku tak boleh lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:45 PM | Show all posts
sambungan TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 01:01 PM | Show all posts

HANA BUAT HAL

Class agama lagi
Kali ni dekat class belakang. Hanya ada class ni je dekat row atas dan hujung sekali tangga. Class kami di tingkat 3,
Hana masuk class, semua diam . Mungkin sebab takut diterkam. Aku masih sama, duduk dekat hana walaupun ramai yang menjauhkan diri.
Class dah mula semua belajar macam biasa. Sorang sorang diarahkan untuk baca surah. Hana diam, dia dah mula nak buat hal lagi. Sorang sorang kene cuba tegur dia tapi dia masih diam. Dengan tiba tiba hana bangun! Keluar class dan lari dengan laju diikuti dengan 3 pelajar lelaki. Mereka kejar hana yang berlari , merangkak, melompat sambil ketawa! Dashat. Pelbagai gaya tapi pelajar lelaki tidak mampu kejar hana. Bayangkan dari tingkat 3 ke tingkat dua turun melalui tangga hana turun seperti melangkah satu tangga sahaja sedangkan banyak anak tangga yang kene lalui sebelum sampai di tingkat dua, dan akhirnya hana hilang dari pandangan. Semua mencari. Satu sekolah kami carik sampai ke bahagian stor di belakang sekolah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 01:04 PM | Show all posts

HANA BUAT HAL II


Sampai je kami di belakang sekolah, dengar suara hana menjerit. Semua berlari ke beakang ke pagar sekolah. Nampak hana menjerit jerit nak keluar mengamok ngamok seperti marahkan seseorang. Semua cuba pegang dan tenangkan dia tapi melambung lambung orang yang cuba pegang hana tercampak. Tak lama kemudia hana pengsan. Semua pegang hana dengan kuat dan bawak naik ke pejabat. Tunggu parent hana sampai.
Sampai ke pejabat hana sedar dan mata dia melilau kiri kanan. Cikgu usop yang lebih kepada hal ehwal pelajar cuba menegur tapi dijelingnya.
Cikgu usop hulurkan tangan, tapi ditepis oleh hana. Hana meracau cuba melarikan diri, keadaan jadi kelam kabut dan hana pengsan selepas cikgu usop bacakan ayat kepadanya. Kami diminta bersurai
Tak lama kemudia parent hana dating untuk ambil hana semula. Dan selepas itu hana tak dating lagi kesekolah. Cikgu kata dia dah pindah. Kemana pindahya kami tak pasti sebab dah tak berhubung dengan hana sejak kejadian itu.

Lepas hana berhenti mcm mcm cerita timbul. Kononnya hana ada bela dan kene tinggalkan belaan di tempat lain sebab tu dia tinggalkan di sekolah kami. Tapi sebab dia tak boleh lepas benda tu masih kacau dia. Kebenarannya aku sendiri tak pasti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2015 01:25 PM | Show all posts
hana tu awak ke.. isHANAni..
dah habis ke cite ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 01:29 PM | Show all posts
serius kesian kat hana tu...takkan parents dia tak bwk gi berubat ke apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2015 02:25 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 20-8-2015 01:25 PM
hana tu awak ke.. isHANAni..
dah habis ke cite ni?

bukan kite, hehehe kite bukan nama sebenar haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 02:26 PM | Show all posts
hatikudus replied at 20-8-2015 01:29 PM
serius kesian kat hana tu...takkan parents dia tak bwk gi berubat ke apa?

kesian kan. kalau tengok dia lagi kesian, ntah aa kecik je. kene pulak benda macam tu. tak larat je muka pegi sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 03:45 PM | Show all posts
ishanani replied at 20-8-2015 02:26 PM
kesian kan. kalau tengok dia lagi kesian, ntah aa kecik je. kene pulak benda macam tu. tak larat j ...

apa le kabo dia skrg ye...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 06:45 PM | Show all posts
mcm kisah emily ye, sekarang hana ape cite?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
saya ada kawan mcm hana ni. mmg kesian tengok. ada sampai panjat pagar. dia siap tampar orang lagi bila meracau2. bila ditanya, tak ingat apa.  performance pelajaran merudum. bila PMR, dapat 4A je dia. kene keluar dr skolah sbb below par.

tp dia dah OK. sibukkan diri dia dgn sports katanya.penatkan dan sibukkan diri. skarang dia cikgu sekolah rendah. baru dpt posting tahun lpas
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2015 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik berjaya juga jd cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2015 11:03 AM | Show all posts
ellejo replied at 21-8-2015 12:36 AM
saya ada kawan mcm hana ni. mmg kesian tengok. ada sampai panjat pagar. dia siap tampar orang lagi b ...

bagus2..jd cikgu lgik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2016 11:43 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Maaf tinggalkan cerita agak lama.

inshaAllah ada rezeki saya sambung cerita yang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 12:55 PM | Show all posts
is...hana ni ... kan...
hehe, pelik nick
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tt x cuba jejak hana ke?..
kesian dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.138286 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list