CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 0

Songül Cabaci Bawa Sentuhan Turki Di KL Fashion Week 2015

[Copy link]
Post time 20-8-2015 08:15 PM | Show all posts |Read mode

Dari Turki ke Malaysia! Seorang pereka fesyen di Turki, Songül Cabaci berjaya memperagakan koleksi musim bunga/panas 2015 buat pertama kalinya di Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2015.
Kerjasama antara badan pelancongan Turki, Songül Cabaci satu-satunya pereka dari Eropah yang mengambil bahagian di peragaan fesyen yang dinanti-nantikan pada tahun ini.
Salah satu koleksi Songül Cabacı S/S 2015 yang diperagakan warna salmon.Dikenali dengan rekaan campuran klasik dan moden, Songül Cabaci bertapak di Istanbul dan merupakan salah seorang pereka fesyen muda harapan Turki.  Diinspirasikan daripada Hermetica Wisdom Texts, koleksi musim bunga/panas ini memaparkan konsep using potongan laser.
Pentas peragaan dipenuhi dengan pelbagai dress, jaket, vest dan kulit dalam warna putih, biru, salmon, kelabu dan hitam.
Songül Cabaci ketika menamatkan peragaan koleksinya di KLFW 2015.
“Saya hendak berterima kasih kepada badan pelancongan Turki kerana memberi peluang untuk mengambil bahagian di Malaysia buat pertama kalinya. Dengan rendah dirinya, saya berbangga dapat mewakili Turki dan membentangkan koleksi saya ini. Dengan ini, saya berharap agar koleksi saya ini dapat memberikan sedikit pengenalan tentang fesyen di Turki,” kata Songül Cabaci.
Duta Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu di bahagian tengah memberi sokongan di peragaan Songül Cabaci.Hubungan dia hala antara Turki dan Malaysia akan terus berkembang dalam dunia fesyen. Songül Cabaci merupakan seorang daripada lima pereka fesyen antarabangsa yang dijemput untuk mengambil bahagian bersama badan pelancongan Turki dan rakan kongsi rasmi untuk KL Fashion Week Ready To Wear 2015.

Antara koleksi klasik dan moden Songül Cabaci.
wanista



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.075849 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list