CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2809|Reply: 5

IS musnahkan makam Nabi Yunus untuk dijadikan taman hiburan

[Copy link]
Post time 24-8-2015 05:16 PM | Show all posts |Read mode
IS musnahkan makam Nabi Yunus untuk dijadikan taman hiburan
Agensi | Jun 21, 2015 17:38 MYT
[url=whatsapp://send?text=IS musnahkan makam Nabi Yunus untuk dijadikan taman hiburan%20http://www.astroawani.com/berita ... taman-hiburan-63226][/url]




Operasi untuk membebaskan Mosul daripada tawanan IS sudah dimulakan, namun perkembangannya masih belum dilaporkan. - Foto EPA

BAGHDAD: Seorang menteri Iraq pada Sabtu mengecam tindakan militan Negara Islam (IS) yang bercadang mengubah tapak makam Nabi Yunus di Mosul, yang telah dimusnahkan pada tahun lalu,  menjadi sebuah taman awam.

Tindakan IS itu disifatkan sebagai sebuah jenayah serius terhadap warisan negara Iraq, lapor portal berita Al Arabiya.

Timbalan Menteri Warisan Purba dan Pelancongan Iraq, Qais Hussain, memberitahu media tempatan al-Sumaria bahawa ‘terdapat laporan mengenai rancangan IS untuk menukar tapak makam tersebut menjadi sebuah taman hiburan, dan itu jenayah besar terhadap tinggalan warisan Iraq’.

Qais juga berkata bahawa pihak kementeriannya mempunyai perancangan selepas membebaskan kota-kota yang dicengkam IS, iaitu dengan menggerakkan jawatankuasa bagi memulihkan kerosakan di tapak-tapak warisan.

Tapak makam tersebut terletak di kota Mosul yang berada di utara negara itu. Ia telah ditawan IS pada bulan Jun tahun lalu tetapi tentera Iraq masih gagal merampas semula penguasaannya.

Minggu lalu, seorang pegawai tentera memberitahu bahawa operasi untuk membebaskan Mosul daripada tawanan IS sudah dimulakan, namun perkembangannya masih belum dilaporkan.
Komen daripada Qais itu adalah lanjutan daripada sumber di Mosul pada Jumaat lalu yang mengatakan gbahawa IS sudahpun meratakan kawasan makam dan menjalankan kerja-kerja projek pembinaan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 05:45 PM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 24-8-2015 05:48 PM

hahaha apa komen berjuta melayu islam beb al penyokong isis di negara ini?

ok dah boleh agak

"kita tak ada disana utk tahu kisah sebenar"

bakiya
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:17 PM | Show all posts
Aku speku ISIS ni geng2 Yahudi berselindung atas nama Islam sebab kalau betul fight for Islam, nape tak serang Israel..?? Boleh ka camni..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 02:06 PM | Show all posts
Aku speku ISIS ni geng2 Yahudi berselindung atas nama Islam sebab kalau betul fight for Islam, nape tak serang Israel..?? Boleh ka camni..??


TAHU..TAKPE..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 03:10 PM | Show all posts
tungkai replied at 24-8-2015 08:17 PM
Aku speku ISIS ni geng2 Yahudi berselindung atas nama Islam sebab kalau betul fight for Islam, nape  ...

kan! nampak kelogikannya di situ ..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 06:12 PM | Show all posts
Seriously IS ni gila
Depa ni bukan Islam
Tp ada niat busuk nak cemarkan nama Islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044898 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list