View: 2071|Reply: 1
|
Sebab Hobi, Personaliti Anda Terdedah
[Copy link]
|
|

Ada di kalangan anda pasti akan memilih salah satu untuk menghabiskan waktu di pantai dan sesetengahnya lebih suka menikmati udara sejuk di gunung.
Pilihan itu ditentukan dari hobi dan keperibadian masing-masing. Tak percaya? Ok, anda boleh tengok penelitian di sini:
Menerusi satu artikel Journal of Research in Personality, orang yang mempunyai keperibadian ekstrovert akan memilih pantai, sementara orang yang memiliki sikap introvert akan memilih gunung sebagai tempat bercuti.
Menurut Psikologi Shigehiro Oishi, Thomas Talhelm dan Minha Leefound dari University of Virginia telah melakukan 5 eksperimen untuk melihat hubungan antara keperibadian dan geografi. Dalam satu eksperimen, mereka menggunakan 613.000 data peribadian yang telah disurvei di Amerika Serikat, untuk mengetahui kepribadian ektrovert atau introvert akan terhubung dengan wilayah geografi seperti apa. Hasil penelitian itu adalah:

1. Ekstrovert - Pantai Peribadi mereka mudah bergaul atau bersosial. Sehingga mereka dijangka akan lebih suka memilih tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti yang berhibur serta banyak dikunjungi orang. Ini kerana orang ekstrovert suka menjadi perhatian. Pantai adalah tempat yang lebih ramai dibandingkan gunung. Di pantai juga lebih banyak orang yang boleh menjadi, diajak berbicara, dan diajak bermain.

2. Introvert - Gunung Mempunyai peribadi yang tertutup dan tidak terlalu suka 'gangguan' dari dunia luar. Golongan introvert cenderung memilih gunung untuk tujuan berlibur, bahkan sebagai tempat tinggal. Mereka juga dinilai lebih suka tinggal di tempat tinggi dibandingkan dengan dataran rendah. Gunung dianggap sebagai tempat yang lebih terpencil sehingga sesuai untuk tenangkan diri.
Macam mana, ada yang kena dengan diri sendiri tak? Sesekali bolehlah habiskan masa di pantai, walau suka panjat gunung. Tukar selera atau mungkin untuk membuka minda dengan merasa suasana tempat orang. Kata orang, jauh perjalan, makin luas pemandangan.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
saya introvert tp saya lagi suka bercuti ke pantai dari mendaki gunung........  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|