CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2001|Reply: 1

7 Tip Kulit Lembut & Cerah Guna Air Kelapa

[Copy link]
Post time 26-8-2015 02:22 PM | Show all posts |Read mode

                    Wanita cukup berminat dengan dunia cantik., tambah pula jika hanya menggunakan bahan alami yang mudah, lebih jimat dan selamat. Tahukah anda air kelapa memiliki banyak manfaat untuk kecantikan kulit?


        Kali ini MW bongkarkan 7 tip kecantikan yang boleh dilakukan untuk jadikan kulit anda cerah dan segar dengan air kelapa...

        1. Kulit segar dan bersih        Cuba anda cuci wajah dengan menggunakan air kelapa. Aura dan kelebihannya sangat berkesan, membuatkan kulit anda lebih segar dan cerah. Sesuai jika anda sedang bercuti, dah tak perlu nak bawa produk mahal-mahal.


        2. Masker buatan sendiri        Anda boleh mencampurkan kunyit, kulit kayu manis dan juga air kelapa. Boleh guna setiap hari sebelum tidur sebagai masker. Membantu menghilangkan kesan hitam pada wajah.


        3. Hapuskan masalah kulit terbakar         Jika anda risau dengan masalah kulit terbakar, selepas ini sapu saja air kelapa pada wajah dan biarkan meresap.


        4. Kecutkan  jerawat        Air kelapa juga sangat bagus bagi merawat kulit jerawat. Sapu atau masukkan air kelapa dalam botol yang boleh anda sembur secara terus di kulit wajah sebelum tidur. Esok pagi anda boleh boleh terus bilas dengan air saja. Senang, bukan?


        5. Putihkan kulit secara semula jadi        Campurkan susu, pati timun dan juga air kelapa untuk buat masker. Jika sapu pada wajah setiap hari, anda tak perlu menggunakan krim pemutih kulit lagi.
                 6. Buang kotoran        Air kelapa juga boleh menjadi pembersih wajah secara semula jadi. Celupkan kapas dan sapu di kulit wajah. Ini akan menghilangkan segala kotoran yang melekat di kulit wajah dengan mudah.


        7. Cegah kedut        Air kelapa mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kedut di permukaan kulit wajah. Sapu setiap hari untuk hasil yang cepat. Malah kulit anda akan sentiasa awet muda, tau!



        Tidak semestinya guna semua tip ini, anda boleh pilih dan cuba di rumah untuk mendapatkan kulit yang bersih dan juga cerah dengan cara yang alami. Selamat mencuba wanita cantik dan luar biasa!

mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 10:02 PM | Show all posts
selalu dok minum jer air kelapa ni.......tak tahu plak ada kegunaan untuk kecantikan diri..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078253 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list