View: 6449|Reply: 6
|
Teknologi, "Ketum" Zaman Moden?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/
Teknologi yang semakin canggih kini sememangnya memudahkan komunikasi antara satu sama lain.
Tidak kira jarak, teknologi boleh menghubungkan dua insan meskipun berada beribu batu jauhnya.
Namun, kecanggihan teknologi yang dinikmati masyarakat hari ini juga banyak keburukannya.
Contoh utama penggunaan telefon pintar yang juga menjadi keperluan utama gaya hidup masyarakat hari ini.
sumber foto : https://www.google.com/
Jika diperhatikan senario di sekeliling kita hari ini, kiri kanan pasti kelihatan individu yang sibuk dengan telefon bimbit di tangan masing-masing. Baik di rumah, warung, restoran mamak, pasar raya, pejabat mahupun tempat belajar, semuanya sibuk dengan gajet sendiri.
sumber foto : http://digital.asiaone.com/
Sayangnya masyarakat hari ini terhadap gajet seperti telefon pintar bagaikan kekasih hati dan hingga ada yang sanggup berpatah balik jika gajet yang menjadi 'nyawa' mereka itu tertinggal di rumah. Bahkan ada yang berasa bagai hidup dalam kegelapan apabila berjauhan dengan telefon pintar.
sumber foto : http://thumbs.dreamstime.com/
Tidak hairanlah jika kita sering melihat keluarga yang berada di restoran tidak berbual sesama sendiri walaupun ahli keluarganya duduk bersama kerana masing-masing sibuk dengan kegiatan di hujung jari.
Mereka bukan saja tidak mendapat kehidupan sosial yang baik, tetapi pada masa sama, seakan-akan ketagih untuk berkomunikasi dengan individu di alam maya.
Andai dibiarkan lama-kelamaan, situasi berkenaan boleh menjejaskan hubungan persaudaraan dan persahabatan kerana perhubungan sosial menjadi semakin hambar.
Ia sekali gus boleh mengganggu persefahaman dan menjejaskan hubungan kasih sayang antara sesama insan kerana tidak dapat diterapkan dengan lebih sempurna.
sumber foto : http://farm6.static.flickr.com/
Kita mengambil mudah sesetengah perkara dan meminggirkan soal hati dan perasaan orang di sekeliling kita. Tidak mustahil, hubungan antara ahli keluarga, sahabat-handai atau rakan pejabat menjadi semakin jauh disebabkan kurang interaksi mesra secara langsung antara satu sama lain.
Keadaan itu sememangnya berlawanan dengan tujuan asal penciptaan teknologi komunikasi moden iaitu untuk memudahkan kita berkomunikasi dan merapatkan hubungan persaudaraan sesama insan.
sumber foto : http://erumscience2u.com/
Namun, tiada pihak yang boleh dituding jari dalam hal ini kerana masing-masing mempunyai pendapat. Bagi yang terlalu taasub dengan teknologi dan dunia maya, apa kata ambil masa sejenak memikirkan apa yang terpaksa atau sudah dikorbankan semata-mata mengikut kemahuan minda.
Keluarga, sahabat dan orang yang kita sayang perlu diberi keutamaan sebaiknya. Jadi, berikan sepenuh perhatian apabila bersama mereka dan ketepikan gajet buat sementara.
sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/
Berbicaralah dari hati ke hati dan jangan ketinggalan untuk berkongsi perasaan dengan orang yang kita sayangi.
Ini kerana kasih dan sayang anugerah yang terindah daripada Allah untuk setiap hambanya.
Perasaan itu ada dalam hati setiap manusia dan terpulang pada kita sendiri sama ada untuk mempamer atau menyembunyikannya. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la mulia perangai. ajak member minum2 pastu masing2 g layan hp.
mcm ni baik x yah kuar |
|
|
|
|
|
|
|
Ketumnet
|
|
|
|
|
|
|
|
Goyang kaki buat income...
www.imavelsclub.com/fahani1979 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cariduit77 at 20-9-2015 01:55 AM
Income pasif setiap minggu 10%. Sila ke http://globalforex4u.com/jutawan77 |
|
|
|
|
|
|
|
semuanya dah jadi zombies |
|
|
|
|
|
|
|
kalu zaman blajar sekolah dulu2 banyak betol keluar tajuk karangan kebaikan/keburukan internet... yang aku ingat banyak points dibincangkan pasal dunia tanpa sempadan , berhubung and memudahkan kerja seharian... tapi bab keburukan jarang bincang masa tu teknologi ni memutuskan silaturrahim...hahahaa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|