|
Oleh Fyruz Hanna
Laman rasmi Tadom Hill dilaporkan terganggu dengan trafik yang tinggi gara-gara viral disebar oleh netizen yang berkongsi foto keindahan resort tersebut.
Jika anda bercadang untuk membawa anak-anak atau rakan ke Tadom Hill resort ini mungkin anda perlu menghubungi pihak pengurusan kerana bimbang pengunjung yang meningkat dengan mendadak, mungkin tempahan kawasan ini juga telah 'fully-booked'.
Walaubagaimana pun, CARI Infonet tak mahu melepaskan peluang untuk berkongsi tempat yang best ini yang masih lagi berada di dalam Selangor.
Bagi anda yang ingin mendapatkan damai dalam kejauhan hutan dan menikmati air yang tenang, anda boleh ke Tadom Hill resort ini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong adalah berkhemah, berkayak serta menikmati keindahan tasik berkenaan.
Selain itu, anda boleh mengenali dan bertemu dengan orang asli sambil mendekatkan diri dengan budaya mereka. -CARI Infonet.
|
|