Selendang tetap jadi pilihan sesetengah wanita yang suka nampak ringkas tetapi bergaya. Untuk tampil berbeza, anda boleh ikut beberapa langkah ini yang hasilnya penampilan wanita tampak lebih anggun dan ayu dengan bunga simpul di bahu...
Bahan diperlukan:
Selendang dwi warna
Anak tudung tutup leher
Jarum peniti
Kerongsang
Langkah Demi Langkah
1. Pakai anak tudung menutup leher. Ambil selendang dan letakkan di atas kepala, sematkan dengan kerongsang. Selendang di sebelah kiri lebih panjang.
2. Ambil selendang di sebelah kiri, silangkan dan bawa ke atas kepala menuju ke tepi telinga kiri.
3. Kemudian, sematkan jarum peniti.
4. Bawa lebihan hujung selendang kiri ke bahu kanan, sematkan dengan jarum peniti.
5. Akhir sekali, simpulkan selendang kanan dan sematkan dengan kerongsang kecil di bahu kanan.
Ok, hasilnya begilah! Cukup ayu dan sopan walau merah menyala. Selamat mencuba wanita-wanita comel! Kalau suka pakai bawal, ini cara yang sesuai untuk anda: CARA PAKAI BAWAL
mingguanwanita