|
Oleh Adib Za
Aha! Bawang putih mungkin kurang menjadi pilihan kerana memiliki bau yang kurang menyenangkan. Namun, bagi lelaki yang mengamalkannya, ternyata ia mampu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Oleh itu, anda boleh mengamalkan pengambilan bawang putih segar mahupun dalam bentuk kapsul untuk kesihatan 'kelelakian' anda. Jom semak antara lain, kelebihan bawang putih, menurut laman web prostate.net:
(Sumber foto: livestrong)
1. Kesihatan seksual
Bawang putih mampu meningkatkan peredaran darah ini secara tak langsung memastikan ia turut berfungsi pada organ pembiakan. Berita baiknya, ia juga berfungsi pada wanita, tidak hanya pada lelaki.
2. Jantung
Ia mampu menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Membaca ini membuatkan anda mahu mengambil bawang putih sekarang juga, bukan?
3. Kesihatan prostat
Prostat menjadi semakin mengembang ketika lelaki semakin meningkat usia. Namun, diet yang tinggi dengan kandungan bawang putih boleh membantu menurunkan risiko masalah prostat. Kajian mendapati lelaki yang mengamalkan bawang putih mempunyai risiko 28 peratus lebih rendah penyakit prostat berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.
(Sumber foto: vinoble)
4. Tinggi antioksidan
Bawang putih diakui memiliki kandungan antioksidan yang tinggi lalu mampu menangkis radikal bebas, menyingkirkan toksin dan meningkatkan fungsi hati. - CARI Infonet |
|