View: 2921|Reply: 1
|
5 Bahagian Tubuh Bangkit Nafsu Si Dia
[Copy link]
|
|
Jika anda terangsang melihat pasangan berpakaian seksi yang menjolok mata, begitu juga dengan mereka tatkala melihat anda di ranjang. Tidak semestinya dengan hanya ber‘boxer’ dan singlet atau berkain pelekat, anda tampak menggoda di mata mereka. Ada masanya, dengan hanya melihat tubuh anda semata-mata si dia boleh terangsang untuk ‘make a move’. Entri ini membongkar lima bahagian tubuh yang membuat pasangan bernafsu di ranjang.
Cita rasa wanita berbeza mengikut individu, terutama sekali melibatkan tubuh badan. Dada bidang sentiasa menjadi pilihan, namun tidak semua inginkan sekadar dada tegap. Berdasarkan kajian oleh Laura Berman, Ph.D., pakar hubungan dan penulis artikel seks untuk New York Times, sebanyak 75% wanita mengakui menggilai sedikit bulu di dada pasangan mereka.
Bagi mereka, dada yang tidak berbulu menggelikan mereka. Sedikit bulu di dada pula boleh melahirkan sensasi seks yang mengghairahkan. Jika anda mempunyai bulu dada, jangan terlebih merapikannya. Tinggalkan sedikit ‘bulu’ khas untuk si dia.
Soal besar dan kecil zakar sentiasa menghantui pemikiran kaum lelaki. Bagi mereka, kepuasan wanita dan rangsangan seks terhadap saiz zakar sukar untuk dikenal pasti. Namun, ‘besar tidak semestinya bagus’. Besar juga tidak menjamin kesuburan seorang lelaki dari segi pengeluaran dan kuantiti sperma yang dihasilkan.
Sebenarnya, ramai wanita mengakui cukuplah sekadar teman ranjangnya memiliki saiz penis sederhana. Maknanya ia tidak akan menyakitkan apabila ketika melakukan seks. Ingat, painfull sex is never acceptable!
Abdomen antara susuk tubuh lelaki menjadi kegilaan wanita. Perut rata dengan 6 belahan pek menjadi lambang kegagahan lelaki sejati. Namun itu mengikut pandangan mereka. Bagi wanita, lain pula. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik seks Universiti Indiana, Debby Herbenick wanita kebanyakannya (hampir 47%) masih boleh menerima sedikit lemak di bahagian perut. Bagi mereka sedikit buncit tidak akan mematikan selera seks.
Ini kerana mereka tidak lagi perlu risau jika teman hidup mereka perlu memilih – antara gim dan diri mereka. Walau bagaimanapun, kaum lelaki masih lagi digalakkan untuk menjaga kesihatan dan sentiasa bersenam. Cukuplah sekadar memiliki perut yang rata, dan tidak semestinya perlu berotot enam atau lebih.
Anda berkaca mata? Anda risau jika mengalihkan kaca mata ketika ingin melakukan seks, sukar pula untuk anda fokus kepada pasangan? Jangan risau. Keep the glasses on! Itulah saranan oleh Emily Morse, pakar perhubungan dan pengacara rancangan radio, Sex with Emily.
Tahukah anda, wanita sememangnya mendambakan seorang lelaki untuk beraksi bijak dan kelihatan matang ketika seks. Jadi, apa yang lebih menggambarkan personaliti tersebut selain berkaca mata. Malah, kebanyakan wanita masih merasakan lelaki berkaca mata punya persona tersendiri, terutama sekali ketika sedang berhubungan. Oleh itu, usah tanggalkan melainkan si dia menyuruh anda untuk lakukannya.
Bulu pubik merupakan bulu di sekitar bahagian dari pusat hinggalah ke bawah bahagian penis. Berbeza pula dengan bulu-bulu di dada, bulu pubik mudah untuk mengumpul bakteria dan kuman, malah akan menghasilkan bau yang kurang enak dalam tempoh yang amat cepat.
Penyelidik seks Universiti Indiana, Debby Herbenick menyarankan agar lelaki untuk ambil berat akan bulu pubik kerana wanita akan merasa kurang selesa lalu pasti akan membunuh hasrat untuk melakukan seks. Bak katanya, a little trim goes a long way.
MASKULIN
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi.. harini saje sampai 6 thread tt spam bod atm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|