CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1487|Reply: 0

Rahsia 'Sahabat Baik' Perlu Tahu

[Copy link]
Post time 6-10-2015 01:13 PM | Show all posts |Read mode

        Entri sebelum ini ada bercerita perihal alat sulit lelaki. Masih ada beberapa perkara tentang ‘sahabat baik’ anda yang perlu diketahui. Ikuti sambungan entri tentang topik ini.

        ‘Salah tembak’
        Sebaik sahaja melakukan seks, terangsang atau pada waktu pagi (sekiranya anda mengalami ejakulasi sebelum tidur), biasanya air kencing selepas itu akan dilepaskan secara tidak tentu arah. Ini berlaku kerana masih ada sperma di kawasan uretra (baki terakhir ketika ejakulasi). Walaupun begitu, jika situasi ini berpanjangan, ia boleh menjadi simptom kecederaan tisu pada ‘bahagian’ itu.

        Kenapa dia ‘besar’, aku ‘kecil’?
        Semua ini genetik. Tahukah anda, lelaki yang mempunyai saiz penis yang kecil sebenarnya akan menjadi lebih panjang ketika terangsang manakala yang bersaiz besar pula lebih pendek.

        Air kencing kuning
        Air kencing mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil sebagai urobilin, yang terdapat dalam buah pinggang anda. Warnanya kuning dan semakin banyak cecair kuning ketika anda kencing, bermakna semakin kurang ia dihapuskan oleh sebarang makanan atau minuman yang anda ambil. Jika anda mempunyai cukup air dalam badan, air kencing anda seharusnya hampir kepada warna putih bersih.

        Sesekali, sukar terangsang?
        Situasi ini dikenali sebagai erektil tidak berfungsi, kebanyakan lelaki akan melaluinya. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan tekanan mahupun masalah dalam perhubungan. Jika anda cenderung berasa tertekan atau risau, ia akan menyebabkan anda sukar terangsang.

MASKULIN




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.175484 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list