View: 8008|Reply: 6
|
PERSOALAN HUKUM - SAMAK RUMAH
[Copy link]
|
|
Untuk panduan bagi yang beragama Islam
PERSOALAN HUKUM - SAMAK RUMAH
Salam.
Soalan asal dari Rakan soal jawab Agama & Artikel Dakwah (Mortgage
Operations Central Region)
Katakan lah kita membeli rumah yang dikhuatiri dimasuki anjing. Bagaimanakah cara samak yang boleh dilakukan secara paling menyakinkan sebab mungkin banyak yang perlu disamak termasuklah dinding.
Adakah wajib DISAMAK satu rumah????
Persoalan ini hendaklah difahami berdasarkan beberapa konsep, antaranya :-
1) KEYAKINAN
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak atau keraguan. Adakah kita
yakin bahawa seluruh rumah itu telah di jilat oleh anjing?????
2) TIDAK NAMPAK
Benda yang berada diluar Ilmu & penglihatan kita adalah dimaafkan. Kita
tidak tahu di mana anjing tersebut berada & di mana pula tempat2 yang telah
di jilat oleh anjing.
3) PERBEZAAN PENDAPAT ULAMAK (KHILAFIAH)
Wujud perbezaan pendapat para ulama tentang kenajisan anjing. maka pilihlah
pendapat yang mudah dan sesuai untuk diamalkan.
Macam ni lah sahabat, kalau berdasarkan konsep ini, tidak salah untuk kita
membersihkan rumah yang baru diduduki, sudah tentu rumah tersebut akan
kotor, bersepah, berdebu & sebagainya. Maka ambillah kesempatan ini untuk
membersihkan rumah tersebut. Kalau perlu dibasuh tempat2 yang mungkin
menjadi jilatan anjing, sila kenal pasti berdasarkan Ilmu & logik akal.
Cara menyamaknya juga terdapat khilaf di antara mazhab... tapi di sini saya
syorkan pendapat yang paling Rajih (tepat) iaitu dibasuh dgn 7 kali & salah
satunya dgn menggunakan AIR TANAH, banyak riwayat menceritakan tentan cara2
menyamak & juga bilangannnya... Basuhan pertama ialah dgn menggunakan air
tanah & di ikuti dengan 6 kali air biasa.
Tapi di zaman moden ni kalau susah sgt nk dptkan tanah, maka boleh lah
digantikan dengan SABUN KHAS yang diperbuat dari tanah walaupun
kandungannya bukan 100% tanah. Ini berdasarkan keputusan dari Majlis Fatwa
Kebangsaan yang membenarkan pengunaannya.
Maksud ayat saya di atas supaya menggunakan ilmu & akal ialah spt contoh...
takkan syiling, kipas angin,dinding, tombol pintu pun ataupun tmpt2
tertentu hendak di samak juga kerana dikhuatiri terkena jilatan
anjing??????
Perasaan was-was mesti ada pada setiap orang Islam tetapi biarlah kena pada
tempatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kamu ni sibuk bawak topik mengajar orang berkenaan SERTU.
Kamu tu sendiri tayang avatar ketiak tak sedar sedar diri lagi. Bila nak belajar? Berapa kali nak cakap? |
|
|
|
|
|
|
|
amboi mod garang nya. abang bukan apa, abang kena mentain imej abang..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ni dah masuk dua kali abg pestol kena tegur akibat ketiak.
Ye la...topik bermanafaat gitu, tapi mengingatkan gambar ketiak berbulu ditepinya...
oh oh oh...
hhaahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi topik ni bagus jugekkk...sbb kdg2 kita ni tlebih syak dgn prasaan sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang basuh deangan air saja atas alasan:
“Anjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat
tidak memercikkan air apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud). |
|
|
|
|
|
|
|
And for all the fans of online gambling, I would like to let you know that you have to choose slots with highest RTP because high RTP increases your chances to win money. We have a list of the best online slots like this. |
|
|
|
|
|
|
| |
|